10 tips persediaan berpantang sendiri lepas bersalin

By | March 20, 2018

Berpantang sendiri lepas bersalin ada cabarannya juga. Wafa sendiri baru sekali pengalaman berpantang sendiri, masa bersalin anak nombor 3. Berpantang sendiri jika dirancang lebih awal, anda mampu menghadapinya dengan lancar. Wafa kongsikan 10 tips persediaan berpantang sendiri yang boleh dipraktikkan. Semoga ia sedikit sebanyak membantu ibu ayah diluar sana untuk merancang tempoh berpantang yang baik dan aman tanpa sebarang masalah.

1. Lengkapkan Ilmu Berpantang sebelum bersalin

Tetapkan aturan jadual masa untuk diri sendiri sepanjang berpantang seperti sarapan, bertungku, mandi herba, berparam dan berpilis, barut perut, berbengkung, makan tengahari dan rehat. Walaupun ia nampak macam banyak kerja perlu dibuat tapi itulah aturan berpantang cara melayu yang boleh kita patuhi untuk mengembalikan tahap kesihatan lepas bersalin. Ilmu penting yang perlu juga dibuat persediaaan ialah ilmu pengendalian dan penjagaan bayi yang baru lahir, penyusuan susu ibu, penyusuan semasa sedang bertungku, ini adalah ilmu asas yang perlu ada buat semua bakal ibu. Dengan ilmu sebegini, tempoh berpantang akan jadi lebih mudah tanpa rasa stress.

2. Ada peneman di minggu-minggu awal pantang

Buatlah keputusan siapa yang akan menjadi peneman kita di dalam pantang. Lebih-lebih lagi jika anda berpantang sendirian jauh dari ibu bapa. Pastikan ibu sentiasa mempunyai peneman sekurang-kurangnya 2 minggu lepas bersalin kerana di dalam tempoh ini, ibu masih lagi lemah dan ibu masih berisiko mengalami tumpah darah, pitam atau bentan secara tiba-tiba.

3. Cari awal-awal tukang urut lepas bersalin

Tempah servis rawatan pantang seawal trimester pertama kehamilan. Perawat pantang adalah individu yang akan datang dan merawat anda di kediaman anda. Antara rawatan yang disediakan ialah urutan lepas bersalin, bertungku, bertuam, penyediaan makanan ibu berpantang, penjagaan bayi dan urutan melancarkan susu badan. Sekarang ni pun dah banyak premis yang manawarkan servis penjagaan ibu berpantang mengikut kesesuaian bajet yang kita ada.

Baca :  6 Tips Berpuasa Bagi Ibu Hamil

4. Sediakan kelengkapan berpantang sebelum bersalin.

Pastikan ubatan herba, kelengkapan ibu dan bayi semua tersedia rapi sebelum anda bersalin. Buat check list supaya anda tidak tercicir barangan yang diperlukan di dalam pantang. Di samping menggunakan set berpantang shaklee untuk dalaman, wafa juga menggunakan ramuan herba untuk luaran seperti param, pilis, mandian serum dan ubat barut perut. Wafa pernah beli dengan kak kabu di instagram kekabuonlinedotcom. Harganya berpatutan dan sesuai dengan bajet nak guna banyak ke nak guna sikit. Jika tak beli set, boleh beli berasingan.

https://www.instagram.com/kekabuonlinedotcom/

set herba luaran

5. Siapkan makanan pantang yang disejuk beku.

Masak lauk berpantang untuk seminggu dan simpan di dalam freezer. Panaskan apabila ingin makan. Tetapi untuk nasi, perlu dimakan nasi yang baru dimasak; bukan yang dipanaskan. Di zaman kini, sudah banyak premis yang menyediakan penghantaran makanan pantang dan juga menjual paste makanan pantang yang mudah disediakan. Biasanya wafa mencuba menunya dan menempah servis ini sebelum bersalin lagi. Jika anda merancang untuk masak sendiri makanan dalam pantang boleh dapatkan ebook menu pantang 44 hari di sini.

6. Sediakan ruang atau bilik berpantang khas buat ibu dan bayi

Sebelum bersalin, sediakan satu kawasan khas untuk ibu dan bayi di dalam rumah. Pastikan disekeliling kawasan itu mampu memudahkan ibu untuk urusan berpantang. Sediakan flask air panas, botol2 susu yang sudah dibasuh, tempat menukar lampin bayi, baju2 ibu dan bayi dan segala kelengkapan berdekatan dengan ibu. Pastikan ibu tidak perlu bergerak jauh untuk menguruskan diri dan bayi apabila keseorangan.

Baca :  Set Bersalin Terbaik Pilihan Ibu Berpantang

7. Sentiasa pasang ayat Al Quran

Jika ibu beragama islam, pastikan alunan ayat Al Quran sentiasa menemani ibu dan bayi. Ini untuk mengelakkan mententeramkan ibu dan bayi yang baru lahir. Boleh pasang MP3 dari laptop atau telefon bimbit. Wafa guna USB radio ni je senang, beli di Lazada. Boleh caj macam telefon bimbit, tak perlu pakai bateri.

8. Apa yang penting, ‘KERJASAMA’ dari suami dan anak-anak yang dah besar

Berbincang dengan suami dan anak-anak yang dah dewasa untuk segala jenis bantuan yang diperlukan ketika berpantang. Siap sedia jadual kerja rutin rumah seawal trimester kedua kehamilan dan praktikkan untuk menjadi kebiasaan buat anda dan keluarga supaya apabila anda mula berpantang nanti segalanya berjalan lancar. Contohnya bab mengurus pakaian, mula dari membasuh, menjemur dan melipat kain. Bagi anak-anak yang masih kecil, suami merangkap ayah lah yang perlu ambil alih segala tugas ni. Wafa dulu, bab baju suami setelkan di sebelah malam. Sebelum pergi kerja, setelkan jemur kain sahaja, basuh membasuh dibuat sebelah malam.

9. Sikap toleransi

Jika anda seorang perfectionist, ini adalah masa untuk anda belajar supaya lebih bertolak ansur dengan diri anda. Berpantang sendiri meletakkan diri dan sekeliling anda di tangan orang lain. Dan orang lain mungkin tidak mampu melakukan kerja rumah sebagus anda. Tetapi pejam sebelah mata. Dan fikirkan ia hanya untuk sementara. Hanya 44 hari diperlukan untuk anda tampil sihat dan segar semula, dan selepas itu anda boleh mula mengaplikasikan kesempurnaan pada rumahtangga anda.

Baca :  Tak Perlu Hingga Ke Turkey Untuk Melihat Barangan Asli Rasulullah SAW.

10. Cari dan terima bantuan dengan berlapang dada.

Di saat berpantanglah anda perlu terbuka dengan bantuan yang ditawarkan. Jangan rasa malu atau segan. Anda sememangnya memerlukan sebanyak mana bantuan yang ada untuk anda menempuhi tempoh berpantang dengan lancar. Banyakkan berdoa semasa sedang hamil lagi agar urusan berpantang jadi mudah, insyaAllah.

Itu sahaja tips yang wafa rasa mudah untuk dipratikkan. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jemput komen, like dan tekan butang share ya

Anda juga mahu dapatkan suplemen Shaklee dari Wafa? Hubungi saya segera. Kedai kami dibuka 24 jam tanpa henti untuk memenuhi keperluan kesihatan anda seisi keluarga. Jangan malu untuk bertanya. Saya sedia kongsikan kebaikan dan pengalaman saya sepanjang penggunaan suplemen shaklee ini.

Kawasan COD: Bangi – Kajang – UKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge