3 Tip Mudah Kembali Kurus Lepas Raya

By | July 13, 2017

Raya memang sebulan tapi jangan berdamai dengan lemak-lemak dalam juadah hari raya yang boleh mengakibatkan badan kita naik berkilo-kilo lepas raya ni :D. Bila makan memang sedap sampai tak boleh nak tolak. Itu yang bila makan kena beringat takut berat badan kita naik. Badan ni bila naik senang je, nak turun tu sampai kena bercinta lah orang kata, betul tak? Jadi macam mana nak kekal kurus fit dan badan tak naik banyak lepas raya ni ye? Wafa nak kongsikan 3 tip mudah yang kita boleh amalkan supaya berat tak naik mendadak dan boleh kembali kurus lepas raya ni.
1. Kawal makan

Dah namaya datang beraya, nak tak nak kena makan. Walaupun anda beraya ke rumah orang dan dihidangkan dengan juadah raya yang berat-berat seperti nasi. Memadai lah hanya sesenduk nasi sahaja kita makan. Tak perlu nak banyak sangat. Lebihkan sayuran hijau dan buah di dalam pinggan kita. Jika boleh buat tapisan lagi, skip makan nasi dan memadai makan sayur, buah dan lauk berasaskan protein seperti dada ayam. Kurangkan juga makan makanan yang tinggi garam dan masin. Macam kerepek ubi tu memang banyak ada di rumah-rumah semasa hari raya kan? Pastikan yang ni kita elakkan dari nak makan.

2. Elakkan air manis

Air manis boleh menyebabkan water retention. Badan kita jadi gemuk air. Banyakkan meminum air kosong di musim perayaan ni. Sebagai contoh air sirap je dah 110kcal. Nak tak nak, kena lah bawa bekal air kosong banyak-banyak sebelum nak pergi beraya. Perlu diingat, air manis tidak menghilangkan dahaga, malah kita jadi makin nak minum pula.

Baca :  Rahsia Awet Muda Ayu Raudah

3. Puasa 6 Syawal

Lepas puas beraya, cubalah untuk kembali berpuasa. Selain dapat merebut ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT, puasa juga dapat mengekalkan berat badan. Jika hujung minggu kita dah beraya ke banyak rumah, dan kita dah cheat makan sesuka hati, apa salah nya jika kita selang selikan dengan Puasa 6 Syawal ni pula. Bagi orang perempuan, inilah peluang nak ganti puasa kan? Buat awal, cepat lah habis ganti puasa yang tertinggal tu.

TIP BONUS

Jangan lupa bersenam! Senaman sebenarnya membantu mepercepatkan lagi proses untuk kita kembali kurus. Mamadai dengan konsisten bersenam 15 minit setiap pagi, kita dah boleh bakar banyak kalori untuk lebih kurus lepas ni.

Tambah baik peluang untuk bakar lemak degil dari badan dengan suplemen juga. Bantu badan kita buang toksik, bakar lemak yang berlebihan dan bina otot yang lebih sihat di dalam badan. Nak wafa bantu anda untuk turunkan berat badan dengan shaklee? 

Untuk berjaya dalam menurunkan berat badan, perlu difahami bahawa kalori yang diambil mestilah seimbang dengan kalori yang digunakan. Kalori yang tak digunakan itu yang menjadikan badan kita bertambah gemuk sebenarnya. Jadi pilihlah produk yang dapat turunkan berat badan dengan cara yang betul, agar kesihatan terjamin, bukan hanya sekadar kurus tapi penyakit lain pula yang datang

Hubungi saya untuk set slimming dan set diet yang sesuai dengan anda 🙂

Baca :  Rahsia Awet Muda Ayu Raudah

Kawasan COD: Bangi – Kajang – UKM

2 thoughts on “3 Tip Mudah Kembali Kurus Lepas Raya

  1. Ummiku Super Post author

    Betul Nik. Bila sampai rumah orang, nak tolak pelawaan makan tu tak tergamak dibuatnya 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge