4 Tips Mudah Elak Kaki Kejang Semasa Hamil.

By | February 7, 2017
Terkenangkan zaman saya mengandungkan ketiga-tiga anak sebelum ni. Bila waktu malam dan cuaca sejuk, mesti ‘simpul biawak’ ni menyerang 🙂 Ada banyak faktor dan penyebab kenapa kaki ibu-ibu hamil mudah terkena simpul biawak ni. Antara faktor utamanya ialah masalah kekurangan kalsium. Ye la kan, kita orang perempuan ni mudah sangat kehilangan kalsium. Bukan time pregnant je tau kalsium kita banyak hilang,  time period pun kita dah hilang banyak kalsium.
.
Apa pun, mama boleh cuba amalkan 4 tips ni untuk elak terkena simpul biawak

1) Lakukan urutan betis
Urutan di betis ni boleh dibuat sebelum tidur atau selepas mama melakukan rutin kerja harian selepas berdiri lama. Urutan di betis dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan rasa lenguh pada bahagian otot betis. Minta tolong suami urutkan betis dan kaki mama. Sekali sekala nak bermanja-manja boleh hilang segala stress mama
2) Pakai stokin semasa tidur
Seeloknya pilih stokin yang diperbuat dari kain nilon dan kapas. Tak ketat sangat, ngam-ngam dengan kaki dan betis kita. Tujuan pakai stokin sebelum tidur ni nak elak dari urat betis mama masuk angin. Mama boleh la cuba tips ni. Alhamdulillah menjadi untuk saya
3) Minum air secukupnya
Dulu masa pregnant saya selalu skip nak minum air  takut asyik nak terkencing je, hihi. Lama-lama baru faham, bila kita minum dengan kadar yang mencukupi untuk tubuh kita, rasa nak terkencing tu tak la sangat sebenarnya. Air yang cukup penting untuk penghadaman kita, dan bantu melancarkan peredaran darah. Kalau kurang minum air, boleh jadi sembelit pula nanti. So, mama please jangan skip untuk minum air. Elakkan juga dari pengambilan minuman bergas dan berkafein, risau boleh effect baby pula
4) Amalkan pengambilan makanan yang tinggi kalsium dan magnesium
Time pregnant, mama memerlukan makanan yang kaya dengan kalsium. Kalsium ni penting sangat untuk perkembangan bayi dan penguat tulang ibu. Jadi keperluan kalsium ni akan berganda semasa pregnant. Kalsium dan magnesium banyak diperlukan semasa proses kelahiran kerana kedua-duanya bertanggungjawab dalam mengecutkan rahim bagi mengeluarkan bayi. Ini menyebabkan kandungan kalsium dan magnesium darah sangat berkurangan terutama jika proses kelahiran anak memakan masa yang panjang
Buat ibu-ibu yang alah teruk dengan produk tenusu, sibuk dengan urusan harian dan risau bagaimana mahu mencukupkan keperluan kalsium untuk diri dan bayi dalam kandungan, boleh lah mengambil pil kalsium. Ada banyak pil kalsium di pasaran sekarang, tapi untuk kualiti kalsium yang baik, mama bolehlah mengambil pil kalsium dari shaklee iaitu ostematrix ni

Buat ibu-ibu yang ingin merasai sendiri pengalaman pengambilan pil ostematrix ni, boleh la menghubungi Wafa sekarang di nombor yang tertera

atau membuat pesanan dengan KLIK BUTTON ‘ORDER SEKARANG’

Jangan risau kami sedia bantu anda untuk servis terbaik!
Baca :  7 vitamin penting semasa hamil dan berpantang