7 Petua Bersalin Mudah dan Cepat

By | April 5, 2017

Bila tarikh due dah nak dekat, ibu ibu mesti rasa berdebar sangatkan? Perasaan tu bercampur baur, takut dan tak sabar pun ada. Bagi yang pertama kali nak melalui proses bersalin mesti tak tahu lagi macam mana rasa proses bersalin tu. Tak dinafikan, pengalaman dan proses kelahiran setiap ibu dan bayi adalah berbeza-beza. Ada yang bersalin mudah ada yang terpaksa melalui pembedahan (cesarean). Walau apa jua keadaan nya nanti, yang penting ibu dan bayi selamat. Saya kongsikan 7 petua mudah bersalin yang boleh ibu-ibu amalkan semasa hamil hingga ke waktu nak bersalin nanti.

1. Banyakkan berdoa sejak mengandung lagi

Antara amalan yang boleh diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah membaca Surah Maryam dan berdoa sentiasa agar Allah mudahkan proses bersalin

2. Banyakkan berjalan
Usah terlalu awal nak shopping barang baby. Bila dah dihujung kehamilan, barulah persediaan tu dibuat dan mama dapat banyak berjalan sambil nak shopping. Bila shopping ibu akan gembira sentiasa. Perasaan gembira yang dilalui akan membuatkan lebih banyak hormon oxytocin dirembeskan sekaligus membolehkan bukaan jalan tu berlaku dengan cepat.

3. Memohon maaf dari suami dan kedua ibu bapa
Proses bersalin adalah proses antara hidup dan mati. Mintalah suami mendoakan kita agar dipermudahkan untuk melahirkan zuriat. Perbanyakkan juga istighfar agar segala dosa kita terhapus

Baca :  7 vitamin penting semasa hamil dan berpantang

4. Ambil makanan yang dapat memberi sumber tenaga segera seperti air dan kurma. Supaya tidak terlalu letih apabila berada di dalam dewan bersalin

5. Pelajari teknik pernafasan yang betul

Teknik ini penting untuk dipraktikkan semasa proses bersalin nanti. Caranya mudah, hanya perlu tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.

6. Bantuan dan sokongan dari suami

Selain doa, kata-kata semangat dan dorongan sepanjang tempoh bersalin, suami juga boleh membantu isteri dengan mengurut bahu, belakang serta kawasan punggung isteri. Urutan ini mungkin tidak akan menghilangkan terus kesakitan yang dialami tetapi membantu dalam mengurangkan apa yang dirasai.

 7. Jangan gelabah atau panik

Jika ibu berpeluang bersalin secara normal, kawal atur pernafasan supaya tak cepat mengah dan hilang tenaga. Jika bukaan telah mencapai 10cm, jangan panik dulu. Fokus pada signal contraction untuk meneran nanti. Jangan sesekali angkat punggung, supaya tiada koyakan di perineum. Patuhi arahan jururawat dan doktor. InsyaALLAH mudah proses nak bersalin nanti.

Nota: Boleh ke nak menjerit bila tengah meneran? Menjerit tu tak salah, tapi jangan terlalu kuat supaya tak mengganggu ketenteraman ibu lain di bilik bersalin sebelah. Risau juga ibu-ibu mudah kehabisan tenaga nanti

Ibu-ibu dah bersiap sedia dengan set bersalin yang nak digunakan semasa bersalin nanti? Baca juga perkongsian pengalaman saya bersalin dulu di SINI

Baca :  Set Bersalin Terbaik Pilihan Ibu Berpantang

Mana tahu set ini menjadikan tempoh berpantang ibu-ibu berjalan dengan ceria dan lancar

Related Post