7 Tips Mudah Cara Kawal Anak Tantrum

By | July 29, 2018
 Pernah tak ibu ayah mengalami situasi anak-anak suka mengamuk (atau istilah lainnya tantrum) di tempat umum? Mengamuk bila nak mainan tak dapat, mengamuk bila di kedai makan dan campak suka campak barang, ada juga yang memukul ibu nya dan menghantukkan kepala mencederakan diri sendiri? Mesti mula-mula sekali bila anak dah start mengamuk, kita pun jadi nak marah juga. Satu hal lagi, kita ada rasa malu nak bawa anak ke mana-mana sebab anak kita mudah tantrum tak kira tempat kan?

Ibu ayah jangan risau, sebenarnya situasi tantrum ni memang normal dan biasa bagi kanak-kanak bermula dari 16 bulan hingga ke 3 tahun. Itulah cara yang mereka ada untuk nak lepaskan geram dan meluahkan emosi mereka untuk dapatkan perhatian dan rasa kecewa yang ada dalam hati. Kepada ibubapa yang masih ada anak kecil, anda boleh cuba praktiskan 7 tips mudah di bawah untuk kawal anak tantrum

  1. Cuba alihkan perhatian anak semasa mula nak mengamuk.
    Alihkan perhatian anak-anak kepada benda yang mereka minat semasa mereka mula nak meragam. Supaya otak mereka tidak fokus pada apa yang mereka mahukan. Pernah juga situasi di mana anak mula nak meragam, ibu nya buat-buat menangis. Bila melihatkan ibunya menangis, anak itu tak jadi nak meragam lalu memeluk dan mencium ibu mereka.
  2. Jangan ikutkan kehendak anak
    Kebanyakan situasi, bila mahukan sesuatu si anak akan mengamuk untuk dapatkannya. Kerana mereka fikir, mereka akan dapat apa yang mereka mahu dengan mengamuk. Sebaiknya ibu ayah tidak mengalah dan menurutkan kemahuannya bagi mengelakkan fasa meragam ni dari berpanjangan.
  3. Elakkan diri dari menjerit atau marah pada anak
    Sebaiknya elakkan dari memarahi anak apabila mereka meragam. Marah secara psikologinya tidak membantu untuk mententeramkan mereka. Apa yang perlu, ibu ayah cuba mengajak anak mereka berbual dan menerangkan sebab mereka tidak dapat sesuatu. Banyakkan memeluk dan mencium mereka kerana sentuhan kasih sayang juga memberi kesan yang positif dalam mengawal tantrum.
  4. Buat-buat tak tahu
    Ini ubat yang paling mujarab (hehe). Menurut Dr Hugh Jolly penulis buku A book of Child Care, bila ibu memujuknya setiap kali meragam, anak anak akan fikir dengan mengamuk sahaja mereka akan mendapat perhatian. Cuma kaedah begini perlukan sedikit perhatian sebab ada sesetengah kanak-kanak yang mencederakan diri mereka dengan menghantuk kepala di lantai.
  5. Puji anak bila berhenti mengamuk
    Berikan anak-anak pujian dan menyatakan pada mereka bahawa mengamuk itu sifat yang tidak bagus bila mahukan sesuatu. Nyatakan dan sebutkan bahawa kita sayang mereka sepenuh hati!
  6. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi
    Adakalanya anak kecil mengamuk kerana mereka kurang sihat dan mahu ditidurkan. Dalam situasi begini ibu bapa perlu peka dengan ‘signal’ yang anak-anak tunjukkan. Mungkin mereka dah penat, mahu ditidurkan dan dipeluk sebelum tidur. Boleh jadi tidur malam anak-anak terganggu dan menyebabkan mereka tidak keruan di siang hari.
  7. Awasi diet dan pemakanan yang sihat
    Diet yang sihat dan seimbang boleh meningkatkan mood anak-anak kita. Lazimi hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai makanan rutin harian mereka. Makanan yang seimbang sedikit sebanyak boleh membantu anak-anak dari mendapat jangkitan penyakit. Jika anak-anak makan memilih dan menolak untuk makan sayur, ibu ayah boleh beri mereka vitamin sebagai makanan tambahan untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian mereka.
Baca :  Tak Perlu Hingga Ke Turkey Untuk Melihat Barangan Asli Rasulullah SAW.
Hubungi KakFa untuk: 
Nasihat percuma sepanjang penggunaan
harga mampu milik
Peluang berbisnes dari rumah dengan SHAKLEE!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge