8 Manfaat ESP untuk Kesihatan yang Ramai Tak Tahu

By | January 31, 2019

ESP atau nama lain nya Energyzing Soy Protein ialah serbuk protein dari kacang soya keluaran shaklee. Ia diperbuat dari sumber kacang soya terbaik yang non-GMO. Selain dari memberikan sumber tenaga segera agar kita nampak lebih bertenaga dan kelihatan lebih muda, ia juga mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan, antaranya:

1) Menguatkan Rahim dan Mengelakkan Keguguran di kalangan Ibu Hamil

Keperluan Protein untuk Ibu Hamil

Keperluan Protein untuk Ibu Hamil

Bekalan protein yang cukup sangat penting dalam proses pertumbuhan tisu dan organ bayi terutamanya pada trimester kedua dan ketiga. ESP yang kaya dengan kalsium membantu pembentukan tulang dan janin yang kuat. Jumlah protein dan karbohidrat yang ada dalam ESP sangat ideal untuk memenuhi keperluan pemakanan ibu yang semakin meningkat bila usia kandungan makin bertambah. ESP menjadikan ibu-ibu yang sedang hamil rasa bertenaga dan kekal aktif sepanjang kehamilan.

2) Bina otot sihat untuk orang yang aktif bersukan

Protein untuk Jisim Otot yang Sihat

Protein untuk Jisim Otot yang Sihat

Protein terlibat dalam penyelenggaraan otot dan merangsang proses pembentukan otot. ESP mengandungi set lengkap kesemua 9 asid amino perlu untuk meningkatkan kekuatan otot. Pengambilan harian yang konsisten selama 30 hari boleh membantu meningkatkan kekuatan dan jisim otot.

3) Bantu Kuruskan Badan dengan Cepat 

ESP membantu dalam penyelenggaraan berat badan dan komposisi badan yang sihat dengan meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan lemak dalam badan. Ini menjadikan komposisi badan lebih sihat dan membantu anda mencapai berat badan yang diinginkan. Ada kajian membuktikan banyak kalori dapat dibakar dengan pengambilan makanan tinggi protein. Sebab makanan tinggi protein ni perlukan tenaga yg banyak utk proses penghadaman dan metabolismenya. Sekaligus dapat membakar kalori dengan lebih banyak dan cepat.

Baca :  8 Fakta Popular Mengenai ESP Shaklee

4) Sumber Tenaga Bagi yang Selalu Letih

Protein soya mengandungi GI rendah yang memberikan level gula dalam darah yang rendah, membantu anda mengekalkan tenaga dan memberi rasa kenyang yang lama.  Sentiasa bersenam dan memakan hprotein soya konsisten setiap hari dapat membantu mengekalkan kekuatan otot serta membaiki prestasi otot keitka bersenam.

5) Sumber Protein dan Kalsium untuk Ibu , Berpantang dan Menyusu

ESP mengandungi protein berkualiti untuk memenuhi keperluan protein ibu yang menyusukan bayi. Ia menggalakkan penghasilan susu ibu yang berterusan bagi memenuhi pertumbuhan optimum bayi. Adanya ESP, ibu-ibu mampu menguruskan badan kerana ia meningkatkan rasa kenyang, mengurangkan lemak dan memastikan komposisi badan yang sihat

6) Bagus untuk Mengawal Kolestrol

Protein soya mengandungi Glisemik Indeks (GI) rendah yang mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat, serta membantu anda mengekalkan tenaga. Ia memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan memberi manfaat kepada penurunan berat badan dan kesihatan jangka panjang.

7) Sesuai dijadikan sebagai Masker Wajah


Kenapa perlu bermasker? Kalau dah seharian berjalan dan bekerja, badan letih muka pun sembab. Jadi, cara terbaik untuk kembalikan kesegaran muka, jomlah bermasker dengan ESP! Protein ni penting untuk baiki dan membina sel dan tisu dalam badan kita. Ia juga dapat melembabkan kulit kita dan memberi kesan tona yang sekata pada kulit. Dengan kebaikan protein yang dalam ESP Shaklee boleh  la kita buat masker, jimat duit dari beli make up mahal-mahal yang belum tahu lagi keselamatannya pada kulit kita kan?. Caranya hanya ambil sedikit esp dan larutkan dengan sedikit air biar likat. Kalau ada vitamin E, boleh adunkan sekali. Cubalah! best tau.

Baca :  Mahalnya Vivix! Berkesan ke?

8) Mencantikkan Kulit serta Menguatkan Rambut

ESP membekalkan soya berkualiti berasaskan tumbuhan untuk kulit yang lebih sihat dan kelihatan muda. Ia bertindak dengan memperbaharui sel kulit pada kadar yang optimum. Kehadiran protein akan merangsang pengeluaran asid hialuronik untuk mengikat dan mengekalkan air dalam sel-sel kulit, memastikan kulit kita sentiasa terhidrat dan lembap. Protein soya juga mengandungi isoflavone secara semulajadi untuk menghalang proses degradasi kolagen dan elastin. Pengambilan protein soya secara berterusan dapat mengurangkan kehadiran kedutan, perubahan warna dan membantu memperbaiki keseluruhan penampilan kulit dan sekaligus menjadikan kulit anda licin, mengurangkan pigmentasi dan tona kulit menjadi cerah sekata.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge