Bahaya Sembelit Semasa Hamil. Amalkan 4 Langkah Ini.

By | January 14, 2017
Teringat pulak zaman mengandungkan anak pertama dan kedua saya. Bila dah di hujung-hujung kehamilan,  Rasa susah nak membuang. Pernah tak ibu-ibu alami masalah sembelit sepanjang tempoh kehamilan sebelum ni?
Masalah sembelit ni kalau ikutkan ia adalah situasi yang normal dan selalunya dialami oleh wanita hamil semasa di hujung kehamilan. Apabila usia kehamilan ibu dah masuk ke trimester ketiga, bayi akan makin membesar dan tekanan terhadap abdomen (intra-abdominal pressure) akan makin meningkat. Dalam situasi begini, ibu berisiko untuk mengalami masalah sembelit dan jika biarkan berlarutan boleh membawa kepada masalah buasir pula. Menakutkan bukan?

Ok, bagi ibu dan bakal ibu yang baru atau sedang merasai tempoh pengalaman hamil, sembelit ni bukanlah berkait dengan kelawasan atau kekerapan kita membuang najis tu, tapi bergantung kepada tahap rasa badan kita yang tak selesa (sebab tak membuang) dan sebab najis keras macam batu sehingga susah nak keluar 🙂 Ramai ibu-ibu hamil yang ada masalah kekerasan najis ketika nak membuang ni. Silap teran, boleh bahayakan ibu dan baby pula nanti. Terutama ibu-ibu yang mempunyai rahim yang lemah

Bila terkenangkan pengalaman mengandung dua anak sebelum ni, saya pastikan saya wajib membuang setiap hari. Sebab takut punya pasal kan…masuk 2 hari tak mebuang, saya dah gelisah tau. Masa tu pun dah boleh rasa perut tak selesa

Baca :  4 Tips Mudah Elak Kaki Kejang Semasa Hamil.

Apapun saya nak kongsikan 4 tips mudah yang ibu-ibu boleh amalkan bagi mengelakkan masalah sembelit tu datang

1)  Amalkan pemakanan yang sihat
Banyakkan makan makanan yang berserat tinggi seperti bijirin, buah-buahan beserta syur-sayuran. Jika tak biasa dengan makanan yang berserat tinggi boleh masukkan ia dalam diet harian secara beransur-ansur supaya kita tak cepat lapatr 7 perut pun tak mudah masuk angin

2) Minum air yang secukupnya
Amalakan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Nak sedap lagi,buatkan smoothie ESP bersama buah-buahan seperti pisang dan kurma.

3) Bersenam
Bagi ibu hamil, boleh amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki di taman sambil bersiar-siar kerana didapati senaman boleh membantu mempercepatkan proses percernaan usus. Tapi, hati-hati ya, jangan terlalu aktif dan laju.

4) Lengkapkan nutrisi badan dengan suplemen
Masalah sembelit ni bukan saja bertandang semasa ibu sedang hamil je tau. Jika dibiar berlarutan, ia terbawa masa berpantang pula. Lagi memeritkan jika luka jahitan perineum masih belum sembuh. Jika sekarang anda sedang mengambil pil zat besi, amlkan juga pengambilan vitamin c dan b-complex supaya kandungan zat besi dapat diserap sepenuhnya di dalam darah. Di dalam SET HAMIL SHAKLEE , suplemen yang sangat membantu untuk mengelakkan masalah sembelit ialah Ostematrix. Ostematrix bukan sekadar kalsium. Ia kaya dengan mineral lain seperti magnesium yang berfungsi untuk:

  1. menarik air ke dalam usus untuk melembutkan bahan buangan
  2. melembutkan dan melancarkan pergerakan otot usus
Ramai ibu yang telah merasai sendiri manfaat ostematrix ini sepanjang tempoh kehamilan mereka.

Beri peluang pada diri anda untuk menikmati ostematrix kerana ada banyak manfaat yang bakal anda dapat bila mengambil ostematrix ni, iaitu:
 i) membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat
 ii) Bagi ibu hamil, ia membantu mengelakkan masalah kekejangan dan sakit tulang belakang
 iii) Bagi ibu menyusu, ostematrix bantu pengeluaran susu dengan lebih baik
 iv) untuk wanita, ostematrix bantu mengurangkan masalah osteoporosis (pereputan tulang) akibat kehilangan kalsium semasa haid dan, mengandung dan bersalin
Jom dapatkannya sekarang dengan menekan ikon ‘Order Sekarang’ di bawah:
atau boleh hubungi saya di

Jangan risau kami sedia bantu anda untuk servis terbaik!