Bestnya bulan ni ada promosi Omega Guard

By | January 5, 2018

Kebetulan hujung bulan lepas, stok omega di rumah saya dah habis. Tiada lagi stok di rak kedai vitamin saya di rumah. Terfikir juga nak beli tambah stok kedai dan stok makan sendiri. Tergerak hati pula,  nantilah dulu. Tup-tup, bulan ni Shaklee buat promosi beli 3 botol Omega Guard dapat diskuan 5%. Hooray!

Promosi Januari 2018

Omega Guard dengan harga promosi

Ada apa dengan Omega Guard dari Shaklee ni sebenarnya?

Omega guard ialah kapsul minyak ikan jenama shaklee yang kaya dengan sumber khasiat asid lemak omega-3 (yang terdiri dari 180mg EPA dan 120mg DHA). Bukan sahaja sumbernya yang asli, ada beberapa sebab lain kenapa minyak ikan jenama Shaklee ini perlu menjadi pilihan. Jemput baca SINI

Kenapa asid lemak omega-3 ini penting untuk kita ambil setiap hari?

Ini kerana, ia TIDAK BOLEH di hasilkan oleh badan kita dan hanya boleh diperolehi melalui pemakanan mahupun suplemen. Ada banyak manfaat yang bakal kita perolehi jika mengamalkan pengambilan omega-3 ini, antaranya:

  1. Menyokong fungsi otak yang sihat terutamanya bagi kanak-kanak. Ia membantu meningkatkan ingatan pembelajaran dan perhatian. Bagi orang dewasa, asid lemak ini membantu memperbaiki fungsi kognitif dan perasaan disamping melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan.
  2. Menyokong kesihatan jantung. Omega-3 membantu mengurangkan keradangan pada badan yang boleh merosakkan salur darah yang boleh mengakibatkan penyakit jantung dan strok. Ia membantu mengurangkan tahap trigliserida, tekanan darah dan memastikan tahap ritma jantung yang sihat.
  3. Menyokong fleksibiliti sendi. Asid lemak ini bertindak sebagai pelincir semulajadi yang memudahkan pergerakan, mengurangkan keradangan, melegakan simptom sakit dan mengurangkan kekakuan pada sendi.
  4. Disyorkan untuk wanita hamil di mana ia menyokong perkembangan otak dan mata bayi. Kajian terbaru menunjukkan pengambilan omega-3 semasa trimester ketiga dapat meningkatkan perkembangan sensori, kgnitif dan motor bayi.
  5. Menyokong kesihatan kulit dengan mengurangkan masalah kulit kering dan keradangan yang boleh menyebabkan jerawat
  6. Meningkatkan kesihatan imun terutamanya fungsi sel B dalam badan kita
  7. Meningkatkan kesihatan sperma bagi lelaki dewasa. Ia bertindak sebagai komponen fosfolipid yang akan membentuk struktur membran sel termasuklah sel sperma.
Baca :  6 sebab kenapa perlu memilih minyak ikan jenama Shaklee

Anda rasa anda memerlukan omega guard ini dalam nutrien pemakanan anda setiap hari? Jangan segan-segan untuk hubungi saya bagi mendapatkannya. Saya sedia membantu anda untuk anda dapat bekalan minyak ikan terbaik ini secepat mungkin.

Kawasan COD: Bangi – Kajang – UKM

Rujukan:
1. Institute of Medicine, Food and Nutrition Board. Dietary reference intakes for energy, carbohydrate, fiber, fat, fatty acids, cholestrol, protein, and amino acids (macronutrients). Washington DC; National Academy Express; 2005
2. Calder PC, n-3 fatty acids, inflammation and immunity; new mechanisms to explain old actions. Proc Nutr Soc.2013 Aug; 72(3): 326-36. PMID: 23668691
3. Nicolaou A. Elcosanoids in skin inflammation. Prostaglandins Leukot Essent Fatty Acids. 2013 Jan; 88(1):131-8; PMID:2252186

One thought on “Bestnya bulan ni ada promosi Omega Guard

  1. Pingback: Minyak Ikan Terbaik untuk Jantung - Ummiku Super

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge