Bisnes Mobile Spa Satu Pelaburan Bisnes Yang Bijak?

By | March 19, 2019

Assalamualaikum dan hi semua,

Korang, KakFa nak tanya ni. Dalam ramai-ramai pembaca blog kak Fa ni, ada tak yang minat nak buat bisnes tapi tak tahu lagi bisnes apa yang korang nak ceburi. Sekarang dah tahun 2019 tau, kita tak boleh nak tunggu dan lihat sahaja orang tambah pendapatan. Kita pun kena lah buat sesuatu. Maklum lah zaman sekarang kos hidup makin tinggi dan kita pun tak boleh la nak harapkan duit gaji bulanan je. Bak kata Irfan Khairi:

Pada pendapat saya, pulangan yang paling hebat adalah dalam perniagaan dan bukan pelaburan. sebagai contoh, dengan ilmu pelaburan, mungkin anda akan mendapat pulangan 20%, 30% daripada pelaburan anda. Tetapi, dalam perniagaan, sekiranya anda hebat, anda boleh mendapat 200%, 300% atau lebih dalam pulangan anda – Irfan Khairi

Bagi korang yang sedang tercari-cari lagi bisnes apa nak buat; kak Fa syorkan kat korang ceburi bisnes dalam bidang servis dengan kecantikan seperti bisnes mobile spa.

bisnes mobile spa

bisnes mobile spa

Ada banyak kelebihan yang ada pada bisnes mobile spa ni, antaranya:

1.Risiko dan modal permulaan yang rendah

Jangan mulakan bisnes dengan modal tinggi. Modal tinggi tak menjanjikan pulangan tinggi. Biar kita mula dengan modal yang minima, dan fokus untuk grow kan bisnes. Bila dah balik modal, keuntungan yang dapat boleh lah fokus untuk aktiviti perniagaan dan pemasaran pula.

Baca :  Tips Percuma Bagaimana Anda Boleh DIY Home Mobile Spa Dari Rumah Sambil Menambah Pendapatan

2. Masa yang fleksibel

Masa yang fleksibel adalah impian setiap insan. Ramai sebenarnya yang stress dengan kerja makan gaji. Biarpun anda dapat gaji bulanan secara tetap, masa anda untuk pejabat kadang-kadang memakan seharian. Ibu-ibu terutamanya tentulah mengimpikan masa yang banyak dengan anak-anak dan suami. Bisnes spa mampu memberi anda ruang untuk menjana income secara konsisten tanpa mengganggu masa anda bersama keluarga.

3. Income tanpa had

Berbanding dengan makan gaji, menjalankan bisnes sendiri seperti Spa ini membolehkan anda menjana pendapatann tanpa had. Tiada had gaji kerana anda adalah bos kepada diri anda sendiri. Ramai yang telahpun menjana income bulanan dengan konsisten sebanyak 4-5 angka. Ia tidak mustahil asalkan anda rajin berusaha tanpa penat dan jemu.

4. Kerjaya dengan masa depan yang cerah

Kejayaan amat cerah dalam bisnes Spa. Kami tak janjikan bulan-bintang. Kami hanya menawarkan peluang untuk anda turut berjaya dengan bimbingan sepenuhnya oleh mentor-mentor yang telah berjaya.

5. Tak perlukan kelulusan pendidikan yang tinggi

Tiada syarat akademik yang diperlukan untuk memulakan bisnes spa. Yang ada PhD kami terima, yang ada sijil PMR sahaja pun kami terima. Asalkan anda berumur 18 tahun dan ke atas dan berazam untuk mengubah hidup anda menjadi lebih baik. Tiada yang mustahil untuk menjadi berjaya biarpun anda tidak berpendidikan tinggi.

Baca :  TWB The Glamorous Mobile Spa

6. Pelaburan yang Bijak

Kenapa bijak? Kerana dengan modal yang kecil yang dibayar sekali, membolehkan anda menjana income 4 hingga 5 angka sebulan. Dengan sekali bayaran, anda akan di bimbing secara berterusan oleh mentor-mentor yang telah berjaya untuk turut berjaya seperti mereka. Untuk berjaya, anda sebenarnya hanya perlu meniru apa yang telah dibuat oleh mentor-mentor yang telah berjaya. Tiada alasan untuk anda berjaya asalkan anda kuat berusaha dan bekerja secara konsisten. Percayalah!

ANDA BERMINAT NAK MULAKAN BISNES SPA TANPA KEDAI, DENGAN MODAL AMAT KECIL? KLIK SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge