Coq-Trol Plus produk terbaru dari Shaklee

By | January 11, 2018

Bersempena dengan tahun baru 2018, Shaklee telah memperkenalkan satu produk baru yang di beri nama CoQ-Trol Plus. CoQ-Trol Plus ialah produk yang telah ditambah baik formulasinya dari produk shaklee yang terdahulu iaitu CoQ-Health Plus.

CoQ-Trol Plus

CoQ-Trol Plus

Bahan utama yang terdapat dalam CoQ-Trol terdiri dari campuran 100mg Coenzyme Q10 (CoQ10), Resveratrol dan Tokoferol dan dikatakan dapat memberikan fungsi yang lebih baik terhadap CoQ10 yang sedia ada dalam tubuh badan kita. Mari kita berkenalan dahulu dengan CoQ10, iaitu bahan utama yang terdapat dalam CoQ-Trol ini.

A) Apakah itu CoQ10?

CoQ10 ialah sejenis nutrien semulajadi (koenzim) yang sedia ada di dalam badan kita dan bersifat larut lemak.

B) Mengapa CoQ10 penting?

CoQ10 penting kepada badan kita kerana ia bertindak sebagai bahan antioksida semulajadi dan bertanggungjawab untuk menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP didalam kilang pembekal tenaga seperti mitokondria. Tenaga dalam bentuk ATP tersebut akan dibekalkan kepada mana-mana organ penting yang ada didalam tubuh manusia seperti jantung, buah pinggang hati dan mana-mana organ yang memerlukan kadar kepekatan CoQ10 yang tinggi.

Tubuh kita sendiri boleh menghasilkan CoQ10, namun keupayaan ini akan mula menurun pada usia 20 tahun dan berkurangan secara mendadak pada usia 40 tahun dan berterusan sehingga 80 tahun. Oelh itu, pengambilan CoQ10 melalui pemakanan dan suplemen sangatlah digalkkan jika ada faham kepentingan CoQ10 ini.

Ada 5 sebab utama kenapa CoQ10 ini penting untuk tubuh:

Baca :  Bestnya Promosi Mei 2017 dari Shaklee

i) Memastikan badan kita kekal bertenaga

CoQ10 bertanggungjawab untuk menjana 95% tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan manusia normal dan dikatakan penghasilan tenaga ini akan berkurang seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu penambahan sumber CoQ10 melalui suplemen adalah sangat perlu bila usia kita makin meningkat.

ii) Membaiki Peredaran Darah

CoQ10 paling banyak didapati pada organ jantung kerana ia menggunakan paling banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan. Jantung yang normal akan berdegup 100,000 kali ganda sehari untuk mengepam darah. Jantung yang kekurangan sumber CoQ10 akan menggangu fungsi jantung itu sendiri dan boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit kardiovaskular yang lain seperti darah tinggi dan strok.

iii) Penting untuk kesihatan kesuburan

CoQ10 bertindak sebagai antioksidan semulajadi untuk melindungi sperma daripada kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan jumlah sperma pada lelaki dewasa.

Kepentingan CoQ10 untuk Kesuburan Lelaki

Kepentingan CoQ10 untuk Kesuburan Lelaki

Ada satu kajian dijalankan keatas 228 orang lelaki yang ada masalah kesuburan. Seramai 114 orang diberi 200mg CoQ10 setiap hari. Yang 114 orang lelaki lagi tak diberi (sebagai kawalan). Keputusannya, selepas 6.5 bulan (114 orang yang amalkan CoQ10) mengalami penimgkatan kuantiti bilangan sperma sehingga 81%, manakala pergerakan sperma semakin sihat dan normal sebanyak 31%. Peningkatan ini berlaku dari bulan ke bulan.

iv) Kulit berseri

CoQ10 banyak didapati dipermukaan kulit lipid pada epidermis. Ia boleh berkurangan akibat  pendedahan yang berterusan permukaan kulit terhadap sinaran uv dan bahan kimia akibat penggunaan kosmetik yang beracun. Pengambilan coQ10 dikatakan dapat membaiki lapisan permukaan kulit yang telah rosak.

Manfaat CoQ10 untuk Kulit Berseri

Manfaat CoQ10 untuk Kulit Berseri

v) Penting untuk ketajaman minda

Apabila usia kita makin meningkat, tahap CoQ10 akan makin berkurang. Pengurangan CoQ10 akan meningkatkan risiko pemyakit Alzheimer yang disebabkan oleh plak amyloid dalam sel otak. Bekalan CoQ10 yang cukup dan berterusan sangat diperlukan untuk menyokong fungsi sel otak dan mengurangkan plak amyloid tadi.

Baca :  Vivix Shaklee dah ada Cooler Beg

C) Apakah manfaat CoQ10?

Terdapat banyak manfaat CoQ10 yang bakal diperolehi oleh pengguna Coq-Trol Plus Shaklee, antaranya:

  1. Membekalkan tenaga sepanjang hari untuk menyokong gaya hidup aktif anda
  2. Meningkatkan kekuatan otot
  3. Mempercepatkan proses pemulihan luka
  4. Menguatkan otot jantung
  5. Mengekalkan tahap peredaran yang sihat
  6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  7. Mengekalkan tahap tenaga yang semakin baik untuk mereka yang mengambil statin (ubat kolestrol)
  8. Meningkatkan kuantiti sperma dan kualiti pergerakan sperma itu sendiri
  9. Memperbaiki kualiti ovum
  10. Meningkatkan peluang berlakunya persenyawaan, terutamanya bagi mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
  11. Menjadikan kulit lebih halus, tegang dan kurang kedutan.
  12. Mengekalkan keanjalan kulit supaya kulit kelihatan lebih muda dan sihat.
  13. Mengurangkan risiko menghidap penyakit Alzheimer dan Parkinson
  14. Meningkatkan daya ingatan dan bantu kita untuk lebih peka dan fokus dalam pembelajaran

D) Siapa yang perlukan CoQ-Trol Shaklee?

Mungkinkah anda orangnya? Setiap hari, disyorkan untuk mengambil sebanyak 100mg CoQ10 untuk mengekalkan fungsi badan yang optima.

Siapa yang perlukan CoQ-Trol Plus

Siapa yang perlukan CoQ-Trol Plus

E) Kenapa anda perlu pilih Coq-Trol Plus dari shaklee sebagai sumber CoQ10?

Coq-Trol Plus mengandungi sumber CoQ10 yang yang digabungkan bersama dengan Resveratrol (2mg) dan Tokoferol (5mg vitamin E) yang mana kedua-dua nya dapat menambah baik fungsi CoQ10 itu sendiri.

Kandungan utama CoQ-Trol Plus

Kandungan utama CoQ-Trol Plus

Kombinasi 2mg Resveratrol bertindak sebagai anti-keradangan manakala Tokoferol pula kaya dengan bahan antioksidan. Coq-Trol Plus ini juga mengandungi minyak zaitun yang telah dipatenkan untuk membantu penyerapan khasiat kedalam sel badan dengan lebih efisyen. Jangan risau, suplemen ini selamat digunakan, organik dan bebas dari gluten. Bestkan?

Baca :  Mencari Kolagen Terbaik dan Berkesan? Rebut peluang promosi bulan ini

Berapa pula harga sebotol Coq Trol Plus ini ye? Harga sebotol adalah RM157.68 (untuk 30 biji). Bagi yang dah mendaftar sebagai ahli Shaklee, dah tentunya anda boleh membelinya dengan harga yang lebih murah.

 Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?

Proses penghantaran ke pintu rumah anda mengambil masa 1-3 hari. Jangan risau, kami sedia memproses order anda segera setelah bayaran order diterima. Jika anda berminat untuk membuat pesanan, boleh menekan button ORDER SEKARANG dibawah untuk mendapatkan sebotol Coq-Trol Plus anda sekarang.

Jangan malu untuk bertanya. Saya sedia kongsikan kebaikan dan pengalaman saya sepanjang penggunaan suplemen shaklee. Anda boleh menghubungi saya di:

Kawasan COD: Bangi – Kajang – UKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge