Dulunya Zinc Complex kini Zinc Plus

By | October 2, 2018

Tiga tahun menghilang kini ia dah kembali dengan formulasi baru. Kalau dulu nama popularnya Zinc Complex kini dah bertukar ke nama baru pula, Zinc Plus. Apa yang best sangat dengan Zinc Plus yang baru ni ye?. Ke sama juga macam sebelum ni? Jemput baca sampai habis posting ni ok?

Dulunya Zinc complex, kini Zinc Plus

Dulunya Zinc complex, kini Zinc Plus

Apa itu Zinc?

Zinc adalah mineral surih yang dijumpai hampir di dalam setiap sel badan dan komponen di dalam lebih daripada 200 enzim. Sebagai sebahagian daripada tindak balas enzim, zink terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia termasuk pencernaan protein, metabolisme asid amino, penghasilan tenaga, metabolisme tulang, penggunaan vitamin A, penghasilan hormon. Zink sangat penting dalam mengekalkan fungsi badan yang betul, menyokong pertumbuhan sel untuk rambut, kuku, kulit yang sihat mempromosikan kesihatan tubuh.

Antara Manfaat dan Keperluan Zinc

Zink sangat diperlukan dalam:

  • Melawan jangkitan sepertimana ia membantu untuk menyokong sistem imunisasi badan kita. Ia bekerja dengan cara  mengaktifkan T- cell untuk lebih respon terhadap sel-sel yang merbahaya di dalam badan kita.
  • Memelihara rambut kita agar lebih sihat dan tebal. Zink membantu memelihara folikel rambut dan menghalang rambut dari mudah gugur. Bekalan zink yang cukup menjadikan DNA dan RNA yang ada dalam sel lebih mudah membahagi untuk menghasilan sel baru. Penghasilan sel baru yang aktif pada keratin rambut inilah akan membantu rambut kita tumbuh dengan lebih cepat, sihat dan kuat.
  • Zink membantu untuk kesihatan kognitif (minda). Ia meningkatkan daya ingatan dan membantu mencegah penyakit Alzheimer.
  • Mempercepatkan penghasilan sel baru dan penyembuhan luka. Zink mengahalang bakteria dan kuman dari merebak dibahagian luka pembedahan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu lepas bersalin secara pembedahan.
  • Sistem pembiakan lebih sihat, terutamanyanya kepada kaum lelaki. Zink membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti sel sperma yang ada dalam sistem reproduktif lelaki.
  • Membantu membina kekuatan otot, stamina dan daya ketahanan badan.
  • Zink bantu memelihara kulit yang sihat. Ia bertindak dengan mengawal hormon dan menggalakkan sintesis kolagen. Bagi mereka yang ada masalah pori terbuka, zink bantu mengelakkan bakteria dari tumbuh dalam liang-liang itu.
Siapa yang Memerlukan Zink

Siapa yang Memerlukan Zink?

Keistimewaan Zinc Plus Jenama Shaklee

Zinc Plus kali ni memenuhi 100% nilai keperluan harian tubuh badan kita. Formula baru dengan Gluconate memudahkan zink untuk menyerap kedalam tubuh sehingga 70%. Ia terdapat dalam bentuk tablet dengan 100% dirumus khas dari tumbuhan semulajadi, sangat sesuai untuk mereka yang vegetarian. Rasanya pula tidaklah pahit seperti zink complex yang dulu tu. Tambahan pula zinc plus kali ni dibuat TANPA TAMBAHAN ALFALFA, sesuai sangat untuk mereka yang ada masalah kesihatan seperti penyakit yang melibatkan autoimun 

Kandungan Zinc Plus

Kandungan Zinc Plus

Satu botol Zinc Plus Shaklee mengandungi 120 biji yang mana sehari kita cuma ambil 1 biji sahaja. Dari segi harga tu, sebotol hanya RM 56.25 sahaja. Berminat nak dapat kan sebotol zinc plus ini? Boleh klik ikon ‘order sekarang’ di bawah:

Baca :  10 Produk Best Seller Shaklee yang Ramai Tak Tahu

Kedai kami dibuka 24 jam tanpa henti untuk memenuhi keperluan kesihatan anda seisi keluarga. Jangan malu untuk bertanya. Kak Fa sedia kongsikan kebaikan dan pengalaman sepanjang penggunaan suplemen shaklee ini.

Kawasan COD: Bangi – Kajang – UKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge