Bercuti di Amverton Cove, Pulau Carey

By | April 12, 2017

Post ni post throwback cuti sekolah seminggu pada bulan Mac yang lalu. Oleh kerana cuti tahunan suami yang terhad, saya dan anak-anak buat permintaan nak pergi bercuti di tempat yang tak jauh dan tak dekat sangat, just nice boleh balik hari. Cari tempat yang cantik dan sesuai untuk anak-anak makan angin sekejap. Cari punya cari, suami jumpa tempat ni; Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey di Banting, Selangor. Bila ke daerah banting ni, terimbau pulak kenangan saya jalani Latihan Industri di Banting selama 3 bulan masa final year degree dulu, tahun 2006. Banyak yang dah berubah Banting ni, dan Pulau Carey pun dah cantik!

Ok, apa yang menariknya kat sini? Bagi kami tempat ni sesuai sangat buat keluarga yang nak rehat sambil bawa anak-anak beriadah. Macam saya, ibu yang bekerja dari rumah yang separuh masa urus rumah je kan, tempat ni sesuai sangatlah untuk kita ‘lari’ dari buat rumah sekejap. Ubah suasana dan ambil mood sikit. Kali ni tukar suasana pulak. Resort ni tawarkan 2 pakej yang menarik untuk mereka yang berkeluarga. Beza nya cuma pada bilik yang dipilih. Nak view menghadap kolam atau tak menghadap kolam. Kami ambil yang tak menghadap kolam, dan pilih untuk bermalam. Tempat ni sangat lah aman dan tak bersesak dengan ramai orang. Terutamanya nak bawa anak-anak mandi kolam tu, sini dah sangat ok tau.

Kalau ambil pakej, anda akan dapat katil King + Extra Single Bed.

Extra single bed. Sangat berbaloi-baloi

Kami check in 3 petang di sana. Sempat rehat, solat sekejap sebelum bawa anak- anak main di kids zone dan mandi kolam. Ruang kids zone yang luas buatkan anak-anak happy main sampai tak nak balik.

Baca :  Percutian Keluarga di Melaka

Di KIDS FUN ZONE, anak-anak tak bosan. Mainan banyak sangat.

Bagi mereka yang pilih pakej bilik yang menghadap kolam, akan dapat bilik ground floor. Petang-petang boleh borak-borak sambil menghadap view kolam ni. Tapi kami tak dapat la nak ambil pakej ni sebab risau si kecil buka pintu dan terjun kolam tanpa kami sedari. Jadi kami pilih pakej selain tu. Masih menghadap kolam tapi dapat view dari bilik di tingkat satu.

Kolam mandi yang luas. Siap sliding berpusing lagi.

Habis mandi kolam ajak anak-anak tengok matahari terbenam. Si abang dah faham bab pertukaran siang dan malam, adik-adik tengok sambil ternganga. Selama ni anak-anak faham siang untuk sekolah dan main je, malam untuk tidur pula. Masa ni mereka dapat tengok live, hebatnya aturan Allah SWT.

Kami sekeluarga siap-siap nak maghrib awal sebab nak keluar cari makan untuk dinner. Malam-malam kemudahan lampu kurang sikit kat sini, jadi kena keluar cari makan awal. Kawasan paling dekat untuk makan-makan ialah di Teluk Panglima Garang, kira-kira 20 minit dari hotel. Macam-macam restoran boleh jumpa di sana, boleh cuba ala-carte dan western. Bab cari makan malam bagi kami dah sangat ok area Telok Panglima Garang ni. Esoknya, pagi lagi semua dah kena bangun untuk breakfast dan mulakan aktiviti dalam pakej sampai la nak check out nanti sebelum 1petang.

Ruang makan yang luas untuk breakfast

Breakfast sambil tengok view kat luar

Siap breakfast kami ke animal island dulu. Nak ke sana perlu seberang tasik dengan menaiki bot laju

Animal Island

 

Baca :  Percutian Keluarga di Melaka

 

 

Beri haiwan makan

Landak pon ada beberapa ekor.

Habis di Animal Island, kami menaiki Paddle Boat pula. Masa ni saya dan suami yang kena kayuh. Sebab anak-anak kecil lagi dan kaki pun tak sampai nak kayuh, jadi kami lah yang kena kayuh.

                            

Selain aktiviti untuk anak-anak, parents pun boleh join aktiviti memanah, berkayak, ke gym, bersukan dan berspa (Spa tiada dalam pakej keluarga yang di tawarkan)

Ni antara staycation yang menarik untuk keluarga yang nak bercuti sekejap, makan angin bersama anak-anak. Apa yang saya suka bila ber staycation ni kami dapat borak-borak dan berbincang hati ke hati apa matlamat dan impian untuk di tambah lagi dalam hidup kami sekeluarga. Kadang-kadang bila suami isteri sibuk dengan karier, masa untuk bercakap makin kurangkan. Jika di rumah kita busy menghadap gadjet dan buat hal masing-masing, apa salahnya sekali sekali cari tempat yang menarik untuk dilawati dan off handphone untuk sehari 😀