Awas, Masalah Hemoglobin Rendah Semasa Hamil

By | March 13, 2017

Kehamilan adalah fasa yang sangat penting bagi pasangan suami dan isteri untuk menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga. Maha suci Allah, saya sendiri rasa kagum dengan kuasa Allah SWT, boleh bayangkan tak, dalam perut ada orang?(ni yang kak wafa rasa masa mula-mula hamilkan anak sulung kami dulu-dulu la) dan ia makin membesar dari hari ke hari?. Bukan mudah ye nak melalui tempoh ini, sebab tahap fizikal, emosi dan keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi akan berubah secara mendadak. Jadi, penting sangat untuk ibu hamil mengambil berat tentang keperluan nutrisi semasa tempoh ini. Ia bukan sahaja untuk keperluan bayi, tapi juga untuk mencukupkan keperluan si ibu

Semasa hamil, ramai ibu-ibu tak terkecuali dari masalah bacaan Hemoglobin rendah. Hemoglobin berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Jika ibu, mempunyai tahap bacaan hemoglobin yang rendah, badan akan kekurangan tenaga (kurang oksigen diangkut) dan boleh mendatangkan komplikasi bila nak bersalin nanti. Jadi, penting sangat untuk ibu mengambil pil zat besi dan suplemen lain untuk menaikkan paras bacaan Hb supaya berada di paras normal

Walaubagaimanapun, jika ibu disahkan mempunyai masalah Hemoglobin rendah, jangan risau dulu. Cuba amalkan 3 tips mudah ini untuk menaikkan semula paras Hemoglobin ke paras normal

i) Elakkan minuman berkafein dan bersusu
Kafein dan susu boleh menganggu penyerapan zat besi dari makanan dan suplemen yang diambil. Seeloknya minum air kosong selepas makan dan elakkan juga minuman berkola, bercoklat dan teh. Jika ibu ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi ini, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi
ii) Banyakkan makan makanan yang kaya dengan sumber zat besi
Lebihkan makan sayuran hijau yang kaya dengan zat besi seperti pegaga, pucuk paku, bayam merah, kangkung, kailan dan makanan laut seperti daging, hati ayam, limpa, kerang, sotong dan ikan bilis.
iii) Ambil suplemen zat besi

Kebiasaanya ibu yang hamil dibekalkan pil zat besi yang diperolehi dari klinik. Ada yang dah ambil pil zat besi tapi bacaan Hemoglobin tetap tak naik. Ibu-ibu perlu tahu, tahu cara pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk masalah ini. untuk menaikkan paras Hb ketahap normal, bukan sahaja pil zat besi sahaja yang diperlukan tetapi, lain-lain suplemen seperti vitamin C dan vitamin B kompleks (dengan asid folik) juga penting. B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Baca :  7 vitamin penting semasa hamil dan berpantang

Ambil berat akan masalah bacaan Hemoglobin rendah semasa mengandung ya Mama 🙂 supaya bila setiap kali pemeriksaan antenatal dijalankan, jururawat akan puji bacaan Hemoglobin kita cantik! Paling penting, bayi kita sihat. Jika tidak, banyak kemungkinan maslah yang boleh berlaku kepada ibu dan bayi termasuklah keguguran, pitam, pendarahan, pertumbuhan janin terbantut, bayi kurang berat badan, lahir pramatang dan lemas semasa lahir.

Ibu buntu nak pilih suplemen yang terbaik sepanjang tempoh kehamilan? Saya kongsikan, bagaimana ibu ini berjaya menaikkan bacaan Hemoglobin nya setelah menggunakan set lengkap untuk ibu hamil shaklee.

Cikpuan ini telah merasai sendiri pengalaman menggunakan set lengkap untuk ibu hamil selama beberapa minggu sahaja. Alhamdulillah kesihatan makin baik dan beliau masih lagi menggunakannya sehingga ke tempoh berpantang pula nanti. Nak tahu bagaimana nak dapatkan set lengkap Prenatal ini? Boleh klik butang ‘Order Sekarang’ di bawah
Nanti dulu!
Tahukah anda bahawa anda boleh terus mendapat harga diskaun tambahan (5%) dan cashback sekiranya mendaftar sebagai ahli dengan belian set ini? Ini kerana harga untuk ahli termasuk pendaftaran cuma RM539.80. Harga tanpa pendaftaran ialah RM582. Mana lagi untung? Jika anda berminat untuk membeli set ini dengan harga hali, jom daftar sebagai ahli, dan hubungi:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge