Jom buat sendiri Playdoh untuk Si manja. Ia semudah 1,2,3!

By | February 9, 2018

Jom buat sendiri playdoh untuk si manja kita. Ia semudah 1,2,3!. Baru tahu senangnya nak buat playdoh sendiri di rumah. Selama ni saya pun belikan playdoh yang dijual di kedai. Sayangnya anak-anak main sekejap sahaja dah jadi keras playdohnya. Tak sampai lima hari dah kena buang, walaupun dah simpan dalam bekas yang bertutup rapat. Berbeza dengan playdoh yang dibuat sendiri ni, seminggu boleh main lagi. Asalkan betul cara simpanannya.

1) Sediakan bahan-bahannya

  • 3-4 cawan tepung
  • 1 cawan air panas
  • 1/3 cawan garam
  • 2 sudu besar krim tartar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • sedikit pewarna makanan dengan 3-4 warna berbeza

Krim Tartar. Ia terdapat dalam bentuk serbuk bukan krim. Boleh didapati di pasaraya besar

2) Campurkan semua bahan dan uli

Campurkan semua bahan (tepung, garam, air panas, krim tartar, minyak masak KECUALI pewarna makanan) ke dalam satu bekas besar, gaul dan ulikan ia jadi doh sampai tak melekat di tangan. Dah siap uli, bahagikan doh kepada 3 atau 4 ikut warna yang kita nak.

Anak-anak pun boleh buat sendiri

Anak-anak pun boleh buat sendiri playdoh!

3) Letakkan pewarna, siap!

Masukkan pewarna makanan ke dalam doh yang siap dibahagikan tadi dan uli sekali lagi sampai doh tu sekata warnanya. Macam untuk anak-anak saya letak dua warna sahaja, warna putih tu saya biarkan kosong tak diisi dengan sebarang pewarna, maka jadilah warna putih tepung macam tu.

Baca :  Tak Perlu Hingga Ke Turkey Untuk Melihat Barangan Asli Rasulullah SAW.

 

Siap main nanti boleh simpan semula dalam bekas yang bertutup rapat

Siap main nanti boleh simpan semula dalam bekas yang bertutup rapat

Untuk memastikan playdoh ini tahan lama, simpan ia didalam bekas yang bertutup rapat dan diletakkan di dalam peti sejuk. Boleh ulang main selagi doh tadi tidak berbau.

Selamat mencuba!

.

NOTA: Anda rasa artikel ini sangat bermanfaat? jemput like dan kongsikan kepada semua kenalan anda. Jemput like fanpage Ummiku Super Dot Com sebagai tanda sokongan anda kepada kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge