Kenapa perlu baca Al-Quran?

By | March 1, 2019

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua. Lain sikit perkongsian KakFa kali ni. KakFa nak coretkan juga disini sebagai peringatan kita bersama dan untuk diri sendiri juga (lebih-lebih lagi). Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. Jangan biarkan ia berlalu tanpa kita membaca Al-Quran walau 1 ayat.

KENAPA PERLU BACA AL-QURAN ?

Ada banyak sebab kenapa anda perlu baca Quran selalu di rumah. Tambahan pula sekarang dah akhir zaman, lagilah sebab ini jadi SANGAT PERLU.

1. Rumah tiada aura.

Perasan tak ada rumah yang kita tengok macam hilang seri dia. Bukan sebab hiasan dia tak cantik, bukan sebab rumah tu tak cantik. Tapi sebab hilangnya seri sebab tiadanya aura. Nampak macam tiada penghuni. Orang pun tak perasan rumah tu ada. Rumah orang yang selalu baca Quran akan nampak berbeza, walaupun rumah mereka kecik atau sederhana tapi orang suka datang rumah tu.

2. Positifkan gelombang.

Selalu marah-marah kat anak-anak. Lepas tu jerit sana, jerit sini. Lepas tu banyak pula sumpah seranah, membawang tanpa henti tanda banyaknya gelombang negatif. Bacalah Quran setiap hari dan perlahan-lahan gelombang dari bacaan tersebut akan positifkan gelombang yang negatif.

3. Rahmat dan keberkatan.

Malaikat rahmat sentiasa mencari penghuni rumah yang membaca Al-Quran untuk diberikan pahala, kebaikan, rahmat dan keberkatan di atas ayat-ayat suci yang dibacanya. Tanda rahmat dan keberkatan wujud bila kehidupan anda rasa lebih aman, tenang dan rezeki berlipat ganda dikurniakan Allah.

Baca :  Salam Aidil Adha 1439H

4. Menghalau syaitan dan sihir.

Ramai yang tidak tahu bahawa syaitan dan jin tidak akan duduk di dalam rumah orang yang selalu baca Quran. Sebagai contoh orang yang baca surah Al Baqarah, syaitan dan jin akan bertangguh untuk masuk dalam rumah anda. Jadi bayangkan kalau anda baca Quran setiap hari.

5. Mengubat hati orang yang membaca dan seisi rumah.

Keajaiban Quran ia boleh mengubat hati dan mengubah karektor dalaman diri anda. Semakin banyak anda baca Quran, perwatakan anda akan semakin baik. Emosi lebih stabil. Bahkan ia juga akan mengubahkan perwatakan orang yang mendengar bacaan tersebut juga. Sebab itu rumah orang yang baca Quran mereka nampak lebih tenang berbanding orang yang tidak baca.

6. Kemuliaan kepada pembacanya.

Ada banyak hadis yang menceritakan perihal kemuliaan ini. Antaranya orang yang membaca Quran akan sentiasa didampingi malaikat rahmat dan orang yang membaca Quran merangkak-rangkak pun diberikan pahala pada setiap huruf yang dibacanya. Dan Allah angkat darjat pada orang yang baca Quran sentiasa.

7. Syafaat di hari kiamat.

Al Quran adalah kalam Allah dan satu-satunya mukjizat yang masih ada. Orang yang membacanya, Allah jadikan Quran tadi menjadi saksi bahawa orang yang sentiasa membaca Quran akan diberikan syafaat di akhirat. Tiada yang lebih besar dari mendapat syafaat di waktu manusia semua dihisab.

Baca :  Bestnya Program Shaklee Academy!

Rugilah jika waktu yang singkat ini kita tak manfaatkan masa untuk membaca Al Quran

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
سبحان الله

الحمد لله

لا اله إلا الله

الله اكبر
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge