Krim Organik Herbal Blend yang Mesra Bayi

By | July 2, 2018

Saya nak kongsikan pengalaman saya menggunakan krim herbal blend ni semasa berpantang anak keempat April yang lalu. Anak-anak sebelum ni kulit cantik je tapi adik baby yang baru lahir ni cepat betul naik ruamnya. Bila cuaca panas, ruam jadi cepat naik; habis kulit jadi tompok-tompok merah di pipi dan celah-celah lipatan peha dan tangan.

Saya pun apa lagi, tak ingat krim lain dah nak sapu. Terus teringat pada krim Herbal Blend. Jika korang nak bagi bayi rasa selesa sikit dan ruam cepat hilang, sapukan krim Herbal Blend ni pada ruam tu. Krim ni organik tau. Ia selamat untuk bayi. Lagipun ia bebas paraben dan rumusannya dibuat khusus untuk kulit bayi yang sensitif dan lembut. Krimnya tak lah berminyak. Bila sapu kita boleh rasa tangan tak melekit dan cepat je meresap ke dalam kulit. Dari kita biarkan ruam melarat dan makin merah, lebih baik sapukan krim herbal blend ni. Satu tiub ni besar tau tak padan dengan harga dan kebaikan dia. Jimat dan lambat nak habis.

Nak cuba krim lain risau dengan kandungan steroid, takut ia beracun untuk bayi lagipun bayi ni memang suka hisap tangan dan jari mereka bila lapar. Risau jadinya kalau terkena krim yang ada steroid dah jadi berbahaya untuk bayi kita kan? Herbal Blend ni, diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary) dan ia telahpun diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Krimnya rasa dingin bila disapu pada kulit (bermentol) dan tidak berminyak. Krim ni bukan sekadar untuk ruam je tapi ia sesuai untuk semua orang, seisi keluarga boleh pakai,bukan untuk bayi je tau!

Nak tahu juga apa lagi kegunaan krim herbal blend ni ye? Jom saya tunjukkan testimoni kegunaan serta manfaat krim herbal blend ini

Ramai yang dah merasai sendiri pengalaman menggunakan herbal blend ini. Harganya pun berpatutan. Hanya RM 37.50 sahaja untuk satu tiub. Anda berminat nak dapatkan herbal blend ni? Boleh hubungi wafa untuk order pantas dengan hanya klik ikon ‘order sekarang’ di bawah.

Kedai kami dibuka 24 jam tanpa henti untuk memenuhi keperluan kesihatan anda seisi keluarga. Jangan malu untuk bertanya. Saya sedia kongsikan kebaikan dan pengalaman saya sepanjang penggunaan suplemen shaklee ini.

Kawasan COD: Bangi – Kajang – UKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge