Minyak Ikan Terbaik untuk Jantung

By | January 13, 2018

Minyak Ikan atau nama lainnya asid lemak Omega-3 adalah ‘minyak sihat’ yang sangat baik untuk kesihatan jantung. Omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting. Ia terbahagi kepada tiga jenis asid lemak utama iaitu Eicosa Pentanoic Acid (EPA), Docosa Hexanoic Acid (DHA) dan Alpha Linolenic Acid (ALA). Asid lemak Omega-3 ini dikatakan bersifat anti keradangan yang dapat mencegah masalah atherosklerosis iaitu pengerasan saluran darah yang menjadi punca kepada masalah berkaitan jantung.

Minyak Ikan Terbaik untuk Jantung

Sakit Jantung

Kajian Kelebihan Minyak Ikan dan Jantung

Terdapat beberapa kajian konkrit telah dilaporkan mengenai kelebihan omega-3 ini dalam mencegah penyakit berkaitan dengan jantung. Antaranya:

a) Beberapa dekad yang lalu, asid lemak Omega-3 ini mula menarik minat saintis apabila mereka mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding dengan masyarakat Eropah dan Amerika.Ini kerana tabiat pemakanan mereka seperti ikan dan makanan laut yang kaya dengan asid lemak Omega-3 walaupun mereka amat kurang memakan sayur-sayuran akibat sumber sayuran yang terhad dan hampir tiada di tempat mereka.

b) Situasi yang sama juga berlaku kepada penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Crete, Mediterranean. Mereka juga mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat di barat. Penduduk di sini juga mempunyai amalan pemakanan ikan yang tinggi.

Baca :  10 Produk Best Seller Shaklee yang Ramai Tak Tahu

c) Satu kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study (The Diet and Reinfarction Trial), kaitan di antara makan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 dengan pengurangan kadar serangan jantung untuk kali kedua adalah sangat kuat. Dalam kajian ini, seramai 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit tidak dinasihatkan begitu. Semua pesakit yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah mendapat serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua tahun, kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29% di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang mendapat nasihat supaya memakan ikan tersebut.

d) Pada tahun 2006, satu laporan telah dibuat di dalam American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) yang menunjukkan terdapatnya kesan positif pengambilan asid lemak Omega-3 kepada kesihatan jantung. Hasil laporan kajian yang telah dijalankan di di seluruh dunia, terdapat pengurangan yang ketara dalam jumlah kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung di kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil suplemen Omega-3 setiap hari.

e) Pada tahun 1999 pula, sekumpulan pengkaji dari GISSI-Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet mengenai satu kajian yang dijalankan melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung. Kesemua pesakit ini telah diberikan suplemen asid lemak Omega-3 sebanyak 1,000 mg setiap hari.

Baca :  Siapa Nak Blue Shimmer Beg Youth ni secara Percuma?

f) Pada 8 September 2004, ada kajian saintifik telah membuktikan terdapatnya kaitan yang amat kuat di antara Omega-3 dengan kesihatan jantung yang baik. Kajian tersebut dibuat oleh USFDA di Amerika Syarikat dan satu kenyataan telah dikeluarkan yang menyokong Omega-3 (EPA & DHA) sebagai satu suplemen yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Kesimpulan

Hasil daripada semua kajian ini menunjukkan terdapatnya pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45%. Ia juga boleh membantu mengawal paras kolesterol darah dan meningkatkan paras kolesterol baik iaitu HDL dalam darah. Kesan positif terhasil kesan daripada pengambilan Omega-3 yang diamalkan setiap hari selepas tiga bulan dan seterusnya.

Kita juga boleh mengambil Omega-3 dalam bentuk suplemen setiap hari untuk mendapat faedah kesihatannya, seperti kapsul minyak ikan jenama shaklee iaitu Omega Guard.

Related Post

3 thoughts on “Minyak Ikan Terbaik untuk Jantung

  1. Hunter Bulman

    whoah this blog is wonderful i love reading your articles. Keep up the great work! You know, a lot of people are looking around for this info, you could help them greatly.

  2. Jestine Tesar

    I’m really enjoying the theme/design of your website. Do you ever run into any web browser compatibility issues? A small number of my blog audience have complained about my website not working correctly in Explorer but looks great in Firefox. Do you have any solutions to help fix this problem?

  3. Carmelo Gladish

    Hmm is anyone else having problems with the images on this blog loading? I’m trying to find out if its a problem on my end or if it’s the blog. Any feed-back would be greatly appreciated.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge