Ostematrix Pilihan Kalsium Terbaik

By | September 6, 2018

Berita baik buat semua peminat ostematrix, bulan ini ada promosi beli 3 botol dapat diskaun 5%. Ramai yang ternanti-nanti dengan promosi ni. Kena cepat-cepat rebut peluang dapatkannya sebelum promosi ini tamat pada 30 September 2018. Kepada anda yang masih tak tahu ada apa dengan pil kalsium shaklee ni, jom lah Kak Fa cerita lebih sikit pasal ni ya.

Promosi Ostematrix beli 3 botol dapat 5% diskaun. Sah sehingga 30 September 2018

Apa itu Ostematrix?

Ia merupakan pil kalsium berjenama shaklee yang diformulasi khas dengan gabungan 7 mineral utama lain yang terdiri dari kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron. Kesemua mineral ni penting untuk memaksimumkan  kadar penyerapan kalsium oleh badan. Pilnya yang bersaiz kecil memudahkan kita untuk menelan dan sesuai sangat untuk mereka yang alah kepada susu.

Kandungan dalam Setiap Tablet

Fakta Nutrisi dalam Sebotol Ostematrix

Fakta Nutrisi dalam Setiap Kaplet

Setiap kaplet mengandungi gabungan mineral yang terdiri dari:

Kalsium – Bahan asas untuk membina tulang
Magnesium – Membantu menghantar kalsium kepada tulang
Boron – Membantu metabolisme tulang
Vitamin D – Merangsang penyerapan kalsium
Kuprum, Zink and Mangan – Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang

Graf menunjukkan Kadar Penyerapan Kalsium (Ostematrix) dalam Darah

Berbeza dengan pil kalsium sahaja tanpa vitamin D, magnesium dan lain-lain mineral penting, kalsium yang diambil tak dapat diserap secara optimum. Bahkan jika kita kurang minum air, boleh membawa kepada calcium deposition di dalam buah pinggang dan berisiko untuk bertukar jadi batu karang.

Bandingan Jenama Shaklee dan Pil Kalsium jenama lain tanpa mineral penting

Bandingan Jenama Shaklee dan Pil Kalsium jenama lain tanpa mineral penting

Penting ke kita ambil pil kalsium ni?

Badan kita tidak menghasilkan sendiri kalsium. Ia perlu diambil setiap hari dari pemakanan seharian kita. Kalsium yang diperolehi akan disimpan di dalam tulang. Bila badan kita perlukan kalsium, baru lah kalsium yang disimpan dalam tulang dikeluarkan. Lama-lama jika kita tak ambil kalsium untuk menggantikan semula kalsium yang telah digunakan, badan kita berisiko mengalami masalah kekurangan kalsium seperti tulang rapuh dan gigi longgar. Jadi, kalsium ni penting sangat untuk:

  1. Ia membantu membentuk dan mengekalkan tulang dan gigi yang sihat.
  2. Kalsium yang cukup dalam badan boleh membantu mencegah osteoporosis.
  3. Menghantar dan menerima isyarat saraf badan.
  4. Melegakan dan merehatkan otot.
  5. Mengawal dan mengeluarkan hormone dan enzim badan.
  6. Mengawal degupan jantung yang normal.
  7. Mengawal tahap kecairan darah.
  8. Membantu mendapat tidur yang lebih lena

Siapa yang memerlukan pil kalsium ini?

1) Ibu hamil dan menyusu

Antara komposisi vitamin yang utama dalam susu ibu ialah kalsium. Kalsium ni penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari kalsium yang sedia ada dalam tubuh ibu. Jika si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu jangan ambil mudah bab kalsium ni.

2) Wanita yang mengalami masalah Period Pain

Semasa period, kita kehilangan zat besi dan kalsium. Nutrient yang hilang ini perlu diganti untuk menangani masalah PMS dan rasa nyeri yang berlaku. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, anemia, kekejangan otot, kebas-kebas, kegagalan sistem saraf dari berhubung secara efektif. Jadi sudah tentu Ostematrix sangat diperlukan ketika period. Jika dibiarkan, kehilangan kalsium ini bakal memberi kesan bila kita dah tua nanti.

3) Orang yang sukar tidur/insomnia

Tidur baik untuk pemulihan tenaga dan tubuh. Waktu tidur boleh terganggu jika kita mengalami masalah kekurangan kalsium. Ini akan menyebabkan badan tidak mendapatkan tidur yang berkualiti dan membawa kepada rasa susah nak bangun pagi atau bangun dalam keadaan badan yang masih letih dan tidak bermaya.

4) Warga tua

Apabila tulang mula memecah lebih cepat daripada membinanya semula. Tulang yang lama menjadi lebih rapuh dan mudah patah. Keadaan ini dipanggil osteoporosis. Jadi penting untuk warga tua mendapat sumber kalsium maksimum setiap hari

5) Individu yang suka melakukan aktiviti lasak

Apabila kalsium kurang, badan kita boleh berasa lesu sepanjang hari. Kelesuan ini mempengaruhi emosi dan pemikiran menyebabkan individu tersebut lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain. Kelesuan yang melampau ini menjadikan kita lebih mudah panik, risau, stress dan sebagainya. Kalsium sangat penting dalam menenangkan diri.

Apa kata mereka yang telah mencuba pil kalsium ini?

Ramai yang dah merasai sendiri pengalaman menggunakan ostematrix ini. Harganya pun berpatutan. Hanya RM 61.25 sahaja untuk satu botol. Anda berminat nak dapatkan ostematrix ni? Boleh hubungi wafa untuk order pantas dengan hanya klik ikon ‘order sekarang’ di bawah.

Kedai kami dibuka 24 jam tanpa henti untuk memenuhi keperluan kesihatan anda seisi keluarga. Jangan malu untuk bertanya. Kak Fa sedia kongsikan kebaikan dan pengalaman sepanjang penggunaan suplemen shaklee ini.

Kawasan COD: Bangi – Kajang – UKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge