Tak Perlu Hingga Ke Turkey Untuk Melihat Barangan Asli Rasulullah SAW.

By | July 23, 2017

Semalam sempat menghabiskan masa hujung minggu ke Masjid Besar Shah Alam. Sebab sekarang tengah ada pameran barangan asli Rasulullah. Bermula 10 Julai 2017 hingga 9 Ogos 2017.

Rasa berbaloi sangat. Sebab apa? Sebab barang dipamerkan disini bukan barangan biasa. Barangan asli yang sangat rare dan susah nak jumpa. Nak tengok barangan asli Rasulullah. yang sama lain kali anda mungkin kena ke Musium Topkapi di Turkey untuk lihat benda sama.

Sekarang dah ada depan mata, rugi tak pergi tengok oi.

  • Susah nak percaya bila dapat dengan mata sendiri barangan asli Rasulullah dan para Sahabat.
  • Busur Panah Rasulullah
  • Janggut, Rambut dan Darah Nabi SAW
  • Kesan tapak kaki Nabi SAW
  • Serban Nabi SAW
  • Sandal Nabi SAW
  • Cop Mohor ORIGINAL yang nabi pernah pakai
  • Tongkat Nabi SAW
  • Pedang Para Sahabat seperti Amru Al-As, Hamzah, Muaz Bin Jabbal

Sambil bawak anak-anak berhujung minggu, dapat la ajar sama sejarah Islam kan. Bila ajar dengan tengok sendiri barangan asli Rasulullah, anak-anak pon bersemangat lebih nak tanya tentang Rasulullah SAW dan Sahabat.

Bagi sahabat yang nak melawat, saya kongsikan detail dibawah untuk rujukan

  • Waktu Pameran: 9 pagi – 10 malam,
  • Harga Tiket adalah seperti di bawah:
    * Dewasa – RM20.00 seorang
    * Pelajar – RM10.00 seorang
    * Warga Emas – RM10.00 seorang
    * OKU – RM10.00 seorang
    * Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
    * Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma
Baca :  10 tips persediaan berpantang sendiri lepas bersalin

Untuk informasi lanjut, boleh lawati pautan dibawah:
Website : http://tamadunislam.com
Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak

Nak belanja gambar lawatan sekali. Moga enjoy hujung minggu anda:

Cop Mohor Yang Pernah Digunakan Rasulullah SAW

Capal Rasulullah SAW

Pedang Saidina Hamzah R.A ( bapa saudara Nabi)

Serban asli dimiliki Rasulullah SAW

Busur panah kepunyaan Rasulullah SAW

Artifak asli ayat Al-Quran yang ditulis di atas permukaan batu

Rambut Rasulullah SAW yang dijaga rapi

Kesan tapak kaki Rasulullah SAW

Antara kunci maqam yang dipamerkan

Ilustrasi rumah asal Rasulullah yang kemudian didiami Saidatina Aishah beserta kedudukan maqam Rasulullah SAW

Bersama anak-anak

Pedang Sahabat Nabi SAW

Sejarah Masjid Quba

2 thoughts on “Tak Perlu Hingga Ke Turkey Untuk Melihat Barangan Asli Rasulullah SAW.

  1. Ummiku Super Post author

    InsyaAllah sampailah nanti ke Pantai Timur pula. Sebelum ni dipamerkan di utara, Kedah tak silap saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge