Part Time Job dengan Mobile Spa

By | March 7, 2019

Pernah tak anda terfikir untuk nak buat part time job? Maklumlah zaman sekarang ni, kita dah tak boleh nak bergantung pada satu sumber pendapatan je. Nak kena cari juga part time job yang boleh tambah duit bulan-bulan. Ni, kak Fa nak share sikit. Kita tak akan tak ada duit kalau kita rajin. Setuju? Ada macam-macam cara sebenarnya yang anda boleh buat sebagai part time job untuk dapat hasil yang lumayan. Salah satunya ialah dengan bisnes mobile spa.
Kenapa mobile spa? Ha meh kakFa nak bagi 5 sebab kenapa anda perlu pertimbangkan model bisnes ini sebagai part time job.

1) Di mana ada wanita, di situ ada duit

Haha, jangan marah ye kaum wanita yang tengah baca blog kakFa ni. Tapi betul tau wanita dan kecantikan ni tak dapat dipisahkan. Semua wanita nak cantik. Tak nak nampak sememeh, betul tak? Jadi anda boleh tawarkan khidmat servis mobile spa anda ke rumah untuk kaum ibu terutamanya yang tak sempat nak ke spa. Bukan senang nak pergi spa premis, masa terhad.

    Asalkan anda rajin dan ada kemahuan yang tinggi, halangan pun boleh diurus dengan baikAsalkan anda rajin dan ada kemahuan yang tinggi, halangan pun boleh diurus dengan baik

2) Ia bisnes lubuk duit segera (instant cash)

Dengan model bisnes yang mudah begini, setiap kali anda selesai menjalankan servis, pelanggan terus bayar duit. Bayangkan jika anda buat hujung minggu. Setiap sesi anda tetapkan bayaran RM 80-RM100. Sehari dapat 2-3 pelanggan. Jika 2 hari?. Dah tentunya hujung minggu sahaja anda boleh dapat dalam RM 300- RM500 kan? Kalau sebulan? Wah…kan best tu!. Manalah tau, instant cash yang anda dapat boleh selesaikan masalah kesuntukan duit tiap-tiap bulan. Sekurang-kurangnya anda tak usik duit gaji kerja tetap.

Mobile Spa bisnes lubuk duit

Mobile Spa bisnes lubuk duit

3) Ia part time job yang berbaloi untuk anda bayar hutang

Sebab utama kenapa kita kena buat part time job

Sebab utama kenapa kita kena buat part time job

Tipu lah kalau Kak Fa kata kita tak ada hujang belajar?Siapa pembaca blog KakFa ni yang masih dibelenggu dengan hutan PTPTN ni? Perit rasanyakan? Jadikan part time job mobile spa ini sebagai exit plan untuk anda bebas dari hutang. Tak kisah lah hutang apapun yang anda ada, sekurang-kurangnya anda dah jumpa alternatif terbaik untuk langsaikannya betul tak?

Baca :  Bisnes Mobile Spa Satu Pelaburan Bisnes Yang Bijak?

4) Dapat besarkan simpanan

Memang ada kajian tau, orang kita kurang bab simpan duit ni. Ye la, dapat gaji je habis. Tak sempat hujung bulan, gaji habis nak simpan pun tak ada dah. Kalau waktu kecemasan, terpaksa minta bantuan adik-beradik. Itupun kalau ada yang boleh tolong dan mampu. Segan dibuatnya bila tak cukup duit ni. Terpaksa pinjam sana sini. Jadi, dengan part time job mobile spa ni boleh la tampung jadi sumber side income kita pula.

Dulu susah nak simpan duit bulan-bulan. Kini tak lagi

Dulu susah nak simpan duit bulan-bulan. Kini tak lagi

5) Tambah nilai hidup orang yang anda sayang

Hidup ini terlalu singkat untuk kita berkira dengan orang yang kita sayang. Sesak dada rasanya bila bulan-bulan kita tak mampu bagi duit belanja bulanan untuk mak ayah. Banyak impian kita tertangguh akibat kekangan sumber kewangan. Jangan biarkan ini berlaku. Orang kata biar kita bersusah payah dulu. Bercucuk tanam dahulu, hasilnya kita tuai kemudian. Duit hasil mobile spa nanti boleh kita kumpul buat modal untuk beli hartanah ke, pergi melancong bawa suami dan anak-anak ke. Kan best tu?

Jadi, bagaimana caranya untuk anda memulakan part time job mobile spa jenama anda sendiri? KLIK SINI. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge