Call nowWhatsapp

Percutian Keluarga di Melaka

Percutian Keluarga di Melaka

Bila sampai waktu cuti sekolah, mak ayah paling pening. Yerlah anak-anak bila cuti sekolah takkan nak duduk rumah je kan? Kena lah rancang sesuatu. Kalau tak, mati kutu anak-anak di rumah tu. Kak Fa sarankan rancang lah percutian keluarga di Melaka.

Apa? Melaka?

Apa ada yang menariknya di Melaka tu? Dah biasa sangat la Melaka ni. Percutian keluarga sesuai ke?. Banyak tempat bersejarah je kot Melaka ni. Kanak-kanak mana suka Sejarah!

Ha, tu ramai yang silap. Pada awalnya kami pun fikir macam tu. Banyak je tempat menarik di Melaka ni  yang sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga. Saya nak kongsi pengalaman kami 3 hari 2 malam bercuti di Melaka. Simple, yet very wonderful place. A lot of place to explore!

1) Hotel dan  Penginapan
Banyak sangat pilihan penginapan di Melaka. Apa yang penting sekali kena pilih hotel ikut budget korang. Saya sarankan pilih dari dua  kawasan sahaja iaitu Bandar Melaka atau Ayer Keroh. Dua kawasaan ini mempunyai kelebihan masing masing bergantung kepada tempat yang kita nak lawati. Boleh cari di Booking.com atau Agoda.com. Tempahan yang dibuat melalui dua website ni membolehkan korang dapat diskaun. Tips nak dapat diskaun dari Agoda dan Booking ni korang kena lah mendaftar dengan Shopback. Shopback akan beri korang diskaun 6-12% tau. Kami memilih untuk menginap di Amverton Heritage Resort sebab kat situ ada swimming pool yang best!. Anak-anak korang mesti suka dengan swimming pool di Amverton Melaka ni, sebab memang ohsem habis swimming pool dia. Dah macam taman tema dah kemudahan kolam kanak-kanak hotel ni.

Amverton Heritage Melaka
Sliding pun sangat tinggi dan best!
Salah satu tempat main untuk anak-anak. Luas dan selesa. Nak pantau pun senang

Yang paling penting harga Amverton Heritage Melaka ni sangat berbaloi dengan fasiliti yang akan korang boleh nikmati. Harga bermula dari RM170 untuk bilik paling kecil, sampai lah ke RM300 untuk bilik keluarga. Lokasi juga agak strategik sebab dekat sahaja dengan Tol Ayer Keroh. Ini antara sebab juga kenapa kami pilih hotel ini sebab tak perlu nak hadap jem di tengah-tengah bandar Melaka memandangkan kami rancang hanya habiskan masa sehari di Bandar Melaka berbanding Ayer Keroh 2 hari.

Anak-anak kak Fa yang dah tak sabar nak terjun kolam

2) Tempat makan yang best

Disebabkan hotel kami tawarkan sarapan pagi, jadi tak explore lah tempat makan pagi menarik di Melaka. Makan tengahari pula on the go sahaja. Cuma sebelah malam kami sempat ke dua tempat ni je untuk makan malam. Macam kak Fa sekeluarga malam-malam nak kena makan nasi. Jadi nak kena cari juga lah. Kedai makan yang kami pergi ni tak kurang bestnya tau. Sedap makanan kat situ. Restoran Bekat Salam namanya. Boleh jumpa masakan melayu Melaka. Asam pedasnya pun dah macam-macam jenis.

Bagi korang yang suka makan seafood, kena terjah makan di Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong. Kat sini murah sangat kalau nak makan seafood yang fresh-fresh. Harga nya pun memuaskan tak lah mahal sangat. Nak makan malam gerak terus lepas asar siap-siap di hotel. Jika datang lepas maghrib meja penuh, tiada tempat duduk nanti.

3) Muzium Kapal Selam

Tak perlu nak ke luar negara jika nak tengok kapal selam depan mata. Di Melaka pun ada tau! Kapal selam yang asalnya milik Perancis yang kami tengok ni kali terakhir beroperasi pada tahun 2009. Macam baru lagi kan?. Harga tiket nak masuk tengok kapal selam ni pun murah, hanya RM 5 untuk dewasa, RM 2 untuk kanak-kanak 7 tahun dan ke atas. Bawah 7 tahun, free je

4) Muzium Mamee Melaka

Siapa tak kenal dengan jenama Mamee. Mesti semua kenal kan? Walaupun kita kenal Mamee ni dengan jenama jajan yang femes, tak sangka Mamee ada muzium mereka yang tersendiri. Apa yang menariknya dengan muzium ni, kita boleh merasai sendiri pengalaman buat mee segera. Mee yang kita dah buat boleh dibawa balik sebagai buah tangan. Nak masuk free je cuma dikenakan caj jika kita nak join buat mee.

Reka sendiri mamee hot cup
Tak sangka pula suami reka nak bagi Kak Fa

5) Taman Botani Melaka

Taman ini berasal dari Hutan Simpan Ayer Keroh yang telah diubahsuai menjadi tempat rekreasi. Kat sini kita boleh jalan-jalan sambil berjoging. Bagi yang tak larat nak jalan boleh sewa buggy car. Kat dalam taman ni ada beberapa tempat yang boleh kita lawati sesuai untuk seisi keluarga. Kat situ ada taman replika binatang purba. Mini perpustakaan bagi anda yang minat membaca, ada juga kafeteria untuk bersantai-santai duduk makan sambil dengar bunyi unggas hutan. Anak-anak Kak Fa jarang dapat dengar bunyi unggas, maklumlah kami ni duduk di bandar.

Si kecil inilah yang paling penat sekali.
Antara taman yang ada dalam Taman Botanikal Melaka ni. Asalnya dulu Hutan Simpan ayer Keroh, tapi kini dah di komersilkan jadi Hutan Rekreasi

6) Jonkers Street

Bagi yang dah biasa ke mana-mana uptown, jangan lepaskan peluang datang ke Jonkers Street ni kalau dah sampai Melaka. Walaupun jalannya agak sesak dan kereta tak boleh nak masuk lalu jalan ni, anak-anak Kak Fa seronok masuk sini. Macam-macam makanan kita boleh jumpa. Selain makanan, kita boleh tengok pertembungan budaya yang ada di Melaka ni.

Jonkers Street. Muzium Mamee ada di Jonkers Street ini. Boleh perasan tak ada label kedai Mamee tu? itulah Museum Mamee.
Masjid Kampung Kling. Kami sempat singgah sini dulu untuk Solat Asar sebelum ke Jonkers Street dan Museum Mamee

7) Taman Rama-Rama dan Reptilia

Bagi anak-anak yang animal lover tu, Kak Fa rasa tempat inilah paling berbaloi sekali untuk datang tengok binatang. Walaupun tiketnya agak mahal (RM 16 untuk kanak-kanak, RM 25 bagi dewasa), pengalaman datang sini lah yang anak-anak Kak Fa tak boleh lupa. Asyik teringat kat rama-rama dan binatang yang mereka dah tengok. Ia bukan taman biasa-biasa tau, tapi ia lebih kepada pusat konservasi rama-rama yang terbesar di Malaysia. Ini kerana segala duit hasil jualan tiketnya disalurkan sepenuhnya untuk kerja-kerja konservasi dan maintenance taman itu sendiri.

Pintu Masuk Taman Rama-rama dan Reptilia. Boleh beli tiket dulu di kaunter sebelah tangga naik tu
Nampak biasa je tamannya bila tengok dari luar. Tapi kawasannya cukup luas. Ia bukan sekadar taman je tapi ia juga berfungsi sebagai pusat konservasi

Itu saja secebis pengalaman Kak Fa sekeluarga ke Melaka Februari lepas. Kak Fa dan suami kaki travel. Jadi bila nak memulakan travel tu banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Ada yang bertanya macam mana kak Fa travel bawa anak-anak sekali? Nanti Kak Fa kongsikan di lain posting ya. InsyaAllah.

Suka kak Fa nak sebut kata-kata ni. Life is short, put a lot of Memories.

Have any Question or Comment?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

KENALI SAYA

Selamat datang dan Terima Kasih kerana sudi singgah di blog Ummikusuper. Saya Wafa Founder kepada blog ini. Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah, mempunyai 4 cahaya mata dan juga seorang Beauty Consultant Mary Kay

E-BOOK 44 RESEPI PANTANG MELAYU

KATEGORI ARTIKEL

Send this to a friend