Tips Percuma Bagaimana Anda Boleh DIY Home Mobile Spa Dari Rumah Sambil Menambah Pendapatan

By | October 14, 2018

Kadang-kadang kita sangat stress dengan kerja seharian. Sangat penting sebenarnya untuk anda ambil masa sikit untuk manjakan diri anda. Spa antara yang tempat yang sangat sesuai untuk rileks sambil manjakan diri. Tapi bila tengok harga, mahal sangat. Nampak gayanya orang kaya aje lah yang mampu. Tapi jangan bimbang. Semua orang mampu buat home mobile spa sendiri kalau ada ilmu.

Dan anda sangat bertuah hari ini sebab saya nak kongsikan beberapa tips percuma bagaimana anda boleh mulakan Home Mobile Spa secara DIY hanya dari rumah. Mana tau lepas ni anda boleh Spa kan diri anda sendiri atau kalau nak buat duit, boleh lah juga ambil upah Spa kan rakan-rakan atau keluarga anda. Yang penting semua nya boleh dilakukan dari rumah atau secara mobile dengan kos yang sangat murah.

1. Mulakan dengan alatan Spa yang simple dahulu

Berus pencuci dan pengurut muka misalnya sangat murah dijual di pasaran. Jika anda nak buat Home Mobile Spa, tak perlu peralatan yang banyak dan besar-besar. Fokuskan pada alatan yang simple dan mudah dahulu, senang di bawa kemana-mana contohnya seperti alatan ‘ion massage’. Boleh window shoppping dahulu di kedai yang menjual peralatan untuk Spa seperti PCQ dan Magic Boo. Boleh juga dibeli online di Lazada dengan harga yang sangat berbaloi.

2. Gunakan produk yang berkualiti

Jangan ambil mudah bab produk. Pastikan produk yang anda gunakan sesuai untuk semua jenis kulit, halal dan berasaskan bahan semulajadi supaya tak timbul masalah dikemudian hari. Sebaiknya gunalah produk yang terbukti ada kajian saintifik dan diuji secara klinikal. Barulah puas hatikan?

Kami mensarankan agar beli produk yang lulus KKM dan elakkan produk jalanan atau yang dikilang kan secara pukal. Maklumkan ramai sangat yang buat produk dari satu kilang dan ubah label sahaja. Berbaloi sangat untuk anda invest sedikit membeli produk berkualiti dari membazir wang membeli produk yang murah dan selalu tukar-tukar produk kerana tak sesuai.

Boleh cuba pada diri sendiri dulu kesesuaian produk sebelum mencubanya kepada orang lain. Kadang-kadang tak semua produk sesuai untuk semua jenis kulit kan?

3. Kenali Kulit Anda Dahulu

Tak boleh nak nafikan, kulit wanita ni agak special berbanding lelaki. Jadi amat penting untuk anda kenali kulit anda dahulu sebelum menggunakan produk. Kulit wanita boleh jadi jenis kulit kering, kulit berminyak atau kulit biasa. Jenis kulit sebenarnya menentukan produk apa yang anda sesuai pakai dan cara penjagaan wajah yang sesuai.

Carta dibawah mungkin boleh membantu anda mengenalpasti jenis kulit wajah anda dengan mudah:

Use this simple flow chart to determine your skin type.

4. Tambah sikit bau-bauan untuk membuatkan anda lebih relax.

Benda ni dah jadi wajib kalau nak buat Spa. Bau-bauan sebenarnya antara benda yang boleh merehatkan diri kita. Cuba anda bayangkan bila kita pergi ke Spa profesional atau di hotel 5 bintang, mesti kita rasa tenang lain macam kan, tambah pulak bau aroma terapi yang mereka gunakan tu, sangatlah menenangkan.

5. Belajar urutan Spa yang betul

Pentingnya ada ilmu untuk memulakan Spa. Tak kiralah walau anda nak Spa kulit wajah sendiri sekali pun, belajarlan teknik urutan yang betul untuk wajah. Ini kerana setiap teknik urutan yang dipelajari adalah penting untuk anda lihat hasilnya. Ia bukan sahaja mengembalikan keserian wajah, akan tetapi setiap urutan yang dibuat dapat menghilangkan rasa stress pada urat sekitar wajah kita. Bukan main urut dan cuci sahaja tau!

Nak jana pendapatan dari Home Mobile Spa secara serius?

Home Mobile Spa ni lebih murah kos untuk mula kerana anda tidak perlu ada kedai sendiri, masa yang fleksible dan boleh disesuaikan dengan masa free anda. Dan yang menariknya, ada pula komuniti di Malaysia ini yang ubah home spa dari business kecil-kecil kepada komuniti bisnes spa secara berkumpulan. Menariknya ramai yang jana 4-5 angka dari home mobile spa sahaja.

Bagaimana mereka buat? Dengan hanya mengubah home mobile spa dari 1 punca pendapatan kepada 4-6 sumber pendapatan dari 1 bisnes sahaja.

Dapatkan info lengkap dari SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge