TWB The Glamorous Mobile Spa

By | August 4, 2018

TWB (atau nama lain nya The Walking Beauty) dah mula glamour dalam carian di google. Mana tak trending nya TWB mobile spa ni. Setiap hari ada je orang cari. Betul tau fakta ni. Bila Kak Fa buat carian kat google pasal TWB ni, result google je dah ada 529 juta setiap 50 saat!

Keputusan carian di Google

Apa yang istimewa TWB ni sampai jadi trending sangat ye? Kak Fa intai-intai lah juga di fanpage pasal TWB ni, selain berjumpa sendiri dengan pengasas TWB ni Puan Ainul Shahrazad. Kak Fa boleh simpulkan antara faktor yang buatkan ia jadi glamer sangat ialah:

1) Ia Spa Bergerak Tanpa Kedai

Patutlah orang suka dan cari. Ia sebuah jenama spa bergerak tanpa kedai. Kalau sebelum ni bila nak ber spa kita kena cari premis kedai yang menawarkan servis spa. Sekarang ni tak perlu nak pening-pening lagi dah. Hubungi je team mobile spa TWB ni, mesti ada je beautician diorang yang boleh datang ke rumah. Best kan? Tak perlu lagi kita nak memikirkan soal masa, parkir dan kos perjalanan ke premis spa.

TWB Home Mobile Spa

2) Servis yang ditawarkan menggunakan produk high class

Satu lagi, produk yang mereka gunakan bukan calang-calang produk tau. Mereka guna set perawatan wajah YOUTH dari Shaklee. Siapa tak suka bila mana produk high class macam ni kan? Ia dah beri satu jaminan yang kukuh buat pelanggan mereka kerana produk yang digunakan adalah selamat, bersifat alami dan sesuai untuk semua jenis kulit. Tengok je la hasil selepas mendapat rawatan facial treatment dengan TWB ni, korang pun mesti puas hati!

Baca :  Hebatnya Facial dengan Team Spa TWB

3) Servisnya yang mesra muslimah

Semua beautician TWB terdiri dari wanita. Kira macam wanita untuk wanita gitu. Di TWB mereka sangat menekankan soal privasi dan aurat terutamanya pelanggan muslimah.

Beautician muslimah TWB semasa membuat rawatan wajah

4) Berpeluang bina kerjaya melalui bisnes spa dengan modal yang rendah

Selain menyediakan servis rawatan Spa, TWB juga menyediakan peluang kerjaya kepada semua wanita yang mahu membuka Spa Bergerak Tanpa Kedai melalui Projek The Walking Beauty.

Dengan modal dan kos yang minima inilah TWB telah berjaya menambah baik kehidupan mereka yang mahu mencari sumber pendapatan untuk menyara hidup. Projek ini menerima sesiapa sahaja yang ada kemahuan untuk menjana pendapatan tanpa mengira latar belakang kerjaya seseorang. Hatta surirumah pun boleh mengusahakan spa dengan jenama sendiri. Menurut rekod dari pengasasnya, bulan lepas sahaja seramai 66 orang telah menyertai Projek TWB!

Ahli TWB kian bertambah

TWB Home Mobile Spa

Beautician TWB yang juga seorang pelajar

5) Berpeluang untuk pergi melancong

Semenjak ditubuhkan dari tahun 2015 lagi, TWB menganjurkan program melancong ke luar negara bersama dengan ahli kumpulan sokongan. Tahun-tahun sebelum ini mereka pernah ke Melbourne, Perth dan Maldives. Siapa yang tak suka pergi melancong kan? Tambah pulak dengan duit hasil usaha sendiri. Semua ahli TWB berpeluang untuk pergi melancong dengan hanya membesarkan hasil tabungan duit bisnes spa masing-masing. Tahun ini mereka mahu ke Paris pula!

Tabung travel melalui bisnes spa

Team TWB melancong ke Perth

Team TWB di Melbourne

Jika anda pembaca blog Kak Fa berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar TWB ini, bolehlah hubungi Kak Fa segera seperti nombor telefon yang tertera di bawah. Kak Fa sedia kongsikan bagaimana cara untuk memulakan bisnes SPA jenama sendiri melalui TWB ini.

Baca :  Jom Belajar Buka Bisnes SPA dari Rumah dengan TWB

Ok, Jumpa lagi di lain posting.

Bye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge