7 vitamin penting semasa hamil dan berpantang

By | August 12, 2017

Tempoh kehamilan sangat mencabar bagi seorang ibu. Ibu yang sedang hamil akan mengalami pelbagai perubahan pada tubuh badannya, bukan sahaja fizikal yang berubah, malah emosi juga akan turut berubah. Sebagai persediaan dalam melalui fasa ini, bekalkan si ibu dengan nutrisi yang lengkap. Ia bukan sahaja baik untuk ibu tetapi baik juga untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Ketahui tujuh vitamin penting semasa hamil dan keperluan nutrisi yang perlu diteruskan ketika berpantang nanti.

7 vitamin penting untuk ibu hamil dan berpantang

Tempoh Hamil

1) Zat Besi

Semasa hamil : Membantu ibu menghasilkan sel darah merah untuk menyokong keperluan oksigen ibu dan bayi. Ibu hamil perlukan 30%-50% lebih banyak darah semasa hamil. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia di mana ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

Semasa berpantang : Mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan berat bayi yang rendah.

2) Asid Folik

Semasa hamil : Diperlukan di awal-awal kehamilan (3 bulan pertama) untuk pembentukan otak dan sistem saraf tunjang bayi dalam kandungan. Ini dapat mengurangkan risiko berlakunya anencephaly (ketiadaan tempurung kepala) dan spina bifida (penyakit saraf tunjang). Pengambilan asid folik yang cukup membantu mengelakkan berlakunya sumbing bibir dan lelangit.

Semasa berpantang : ia adalah komponen vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan ibu kekal bertenaga, mengurangkan risiko kemurungan, otak menjadi lebih fokus, emosi menjadi lebih stabil.

Baca :  4 Tips Mudah Elak Kaki Kejang Semasa Hamil.

3) Vitamin C

Semasa hamil : Membantu mengurangkan risiko kelahiran pra matang keatas bayi dalam kandungan. Vitamin c diperlukan bagi memudahkan penyerapan zat besi dan asid folik disamping membantu dalam pembentukan tisu penghubung, otot dan tulang bayi dalam kandungan.

Semasa berpantang:  selepas bersalin, vitamin c ni untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan menguatkan imun si ibu.

4) Kalsium

Semasa hamil : Kalsium diperlukan oleh bayi untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi yang kuat, saraf, jantung dan otot yang sihat, juga perkembangan ritma jantung dan pembekuan darah. Bayi menyerap hampir 90% kalsium dari ibu. Si Ibu akan berisiko mengalami osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, sakit pinggang, kebas dan kekejangan pada kaki. Ibu akan mudah berasa letih, penat dan lesu jika tidak menggantikan semula kalsium ini

Semasa berpantang : Kalsium diperlukan untuk perkembangan dan pembesaran bayi kerana susu ibu mengandungi 40% kalsium.

5) Protein

Semasa hamil : Menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam rahim

Semasa berpantang : Penting untuk kecergasan sepanjang hari. Protein menyokong penghasilan susu ibu yang berkualiti

6) Minyak ikan

Semasa hamil: Mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Kandungan omega-3 (yang terdiri dari EPA dan DHA) yang ada dalam minyak ikan menyokong perkembangan otak, mata serta saraf janin.

Semasa berpantang: Membantu mengurangkan risiko berlakunya kemurungan selepas bersalin. Pengambilan minyak ikan semasa tempoh penyusuan dapat meningkatkan fungsi otak bayi disamping mengurangkan alahan terhadap makanan dan mengelakkan kulit sensitif bayi.

Baca :  44 Resepi Pantang Tradisi Melayu

7) Alfalfa

Semasa berpantang : Alfalfa (Medicago Sativa) digunakan secara tradisional untuk meningkatkan penghasilan susu ibu (berfungsi sebagai galactagogue) disamping melancarkan pergerakan usus si ibu supaya tidak mengalami masalah sembelit

vitamin penting untuk ibu hamil dan selepas bersalin

Tempoh berpantang

NOTA : Set Hamil Shaklee dan Set Berantang Shaklee adalah vitamin semulajadi dimana ianya mudah diserap oleh tubuh badan kita. Ia selamat dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh memberi mudarat kepada ibu dan bayi.

Set Hamil Shaklee

Set Hamil Shaklee

Set Berpantang Shaklee

Bagaimana caranya untuk saya dapatkan set vitamin ini?

Anda boleh terus mendapatkan harga diskaun, diskaun tambahan (5%) dan cashback sekiranya mendaftar sebagai ahli dengan belian set ini. Harga untuk ahli termasuk pendaftaran cuma RM605.62, manakala harga tanpa pendaftaran ialah RM617.35 mana lagi untung ye? untuk beli dengan harga ahli, klik ikon DAFTAR SEKARANG di bawah dan cari perktaan JOIN NOW di tab pautan yang keluar nanti.

Anda boleh dapatkan set hamil shaklee anda sekarang dengan menekan ikon ‘ORDER SEKARANG’ dibawah ini.

Jika anda sedang berpantang, boleh ke button order sekarang di bawah ini:

Jangan malu untuk bertanya. Saya sedia kongsikan kebaikan dan pengalaman saya sepanjang penggunaan suplemen shaklee. Anda boleh menghubungi saya di:

Kawasan COD: Bangi – Kajang – UKM

2 thoughts on “7 vitamin penting semasa hamil dan berpantang

  1. Ummiku Super Post author

    Betul sangat farah ;D. alhamdulillah shaklee banyak membantu menambah baik kesihatan saya sekeluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge